Skip to main content

Dunia

Jerung ditemukan di Antartika buat pertama kali

In this image made from video and released by the University of Western Australia, a sleeper shark swims into the spotlight of a video camera in Antarctica in January 2025. (Minderoo-UWA Deep-Sea Research Centre, Inkfish, Kelpie Geoscience via AP)
Penyelidik dari Minderoo‑UWA Deep‑Sea Research Centre berjaya merakam video seekor sleeper shark sepanjang dianggarkan 3 hingga 4 meter pada kedalaman 490 meter berhampiran Kepulauan Shetland Selatan. -Foto AP

BUAT pertama kali dalam sejarah, saintis mengesahkan kewujudan seekor jerung di perairan Antartika, sekali gus menamatkan kepercayaan bahawa benua itu tidak dihuni spesies jerung akibat suhu air yang terlalu sejuk.

Penemuan tersebut berlaku pada Januari 2025 apabila penyelidik dari Minderoo‑UWA Deep‑Sea Research Centre berjaya merakam video seekor sleeper shark sepanjang dianggarkan 3 hingga 4 meter pada kedalaman 490 meter berhampiran Kepulauan Shetland Selatan.

Advertisement

Suhu air ketika itu sekitar 1.27°C, iaitu hampir pada tahap beku.

Sebelum ini, pakar percaya jerung tidak mampu bertahan di Lautan Selatan.

Namun, saintis menjelaskan bahawa ketiadaan rekod bukan bermaksud ia tidak wujud — sebaliknya kawasan tersebut jarang diterokai kerana kamera bawah laut hanya dapat digunakan pada musim panas Hemisfera Selatan antara Disember hingga Februari.

Penyelidik menegaskan bahawa kemunculan jerung ini bukan petunjuk pemanasan laut atau perubahan habitat akibat iklim, tetapi lebih kepada peluang rakaman yang jarang berlaku dalam persekitaran ekstrem tersebut.

Mereka juga tidak menolak kemungkinan terdapat lebih banyak spesies lain yang belum dikenal pasti di perairan Antartika.

Must Watch Video