JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo melahirkan rasa kesal kerana junta tentera Myanmar "tidak komited untuk melaksanakan Konsensus Lima Perkara (5PC )" semasa lawatan Perdana Menteri Kemboja dan Pengerusi ASEAN Samdech Techo Hun Sen baru-baru ini .
Kekecewaan itu disampaikan semasa perbualan keduanya dengan Hun Sen bulan ini.
Perbualan menerusi telefon itu berlaku pada 21 Jan atas permintaan kerajaan Kemboja untuk mengemas kini hasil lawatan dua hari Hun Sen ke Myanmar, kata Kementerian Luar Indonesia dalam satu kenyataan.
Semasa perbincangan itu, kementerian berkata Joko Widodo, yang lebih dikenali sebagai Jokowi, menekankan pendekatan ASEAN terhadap Myanmar haruslah berdasarkan prinsip yang dipersetujui, khususnya 5PC.
Beliau mengulangi bahawa pelaksanaan 5PC tidak boleh dikaitkan dengan pelan hala tuju lima perkara yang dicadangkan oleh pihak berkuasa tentera Myanmar (Majlis Pentadbiran Negeri).
Myanmar seharusnya hanya diwakili di peringkat bukan politik pada mesyuarat ASEAN jika tiada kemajuan ketara dalam melaksanakan 5PC, kata kenyataan itu.
Jokowi juga menggesa tentera Myanmar untuk menyediakan akses kepada Duta Khas Pengerusi ASEAN untuk berkomunikasi dengan semua pihak yang berkenaan bagi mencapai dialog nasional yang menyeluruh.
Menyentuh mengenai cadangan Hun Sen untuk menubuhkan troika bagi memantau pelaksanaan 5PC, kementerian berkata presiden mencadangkan perkara itu dibincangkan oleh Menteri-menteri Luar ASEAN.
5PC itu ialah; menamatkan keganasan, mengadakan perbincangan yang membina di kalangan semua pihak berkepentingan, ASEAN memberikan bantuan kepada Myanmar, pelantikan Duta Khas ASEAN untuk menjalankan perbincangan, dan utusan itu dibenarkan melawat negara berkenaan.
Beliau juga bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan mesyuarat perundingan bagi membolehkan bantuan kemanusiaan tanpa diskriminasi.
Pada 5 Jan, Jokowi melanjutkan sokongannya kepada Kemboja sebagai Pengerusi ASEAN untuk 2022 dan turut membincangkan perkembangan di Myanmar semasa panggilan telefon dengan Hun Sen.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 23 2022
Jokowi juga menggesa tentera Myanmar untuk menyediakan akses kepada Duta Khas Pengerusi ASEAN untuk berkomunikasi dengan semua pihak yang berkenaan bagi mencapai dialog nasional yang menyeluruh. - Twitter/@jokowi
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Pemilu 2024: Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Prabowo
Prabowo berkata, beliau telah menerima panggilan telefon daripada beberapa pemimpin pada Khamis yang menyampaikan ucapan tahniah meskipun pengiraan undi masih dijalankan.
Jokowi minta bukti dakwaan penipuan dalam pilihan raya
Presiden Joko Widodo yang menjawab kebimbangan mengenai dakwaan penipuan dalam pilihan raya, menekankan mengenai pentingnya dakwaan sedemikian disertakan bukti.
Pemilu 2024: Tunggu keputusan akhir KPU - Jokowi
Jokowi menggesa rakyat untuk menunggu keputusan akhir Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 yang sedang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia.
Presiden Indonesia nafi spekulasi peletakan jawatan beberapa menteri
Presiden Indonesia Joko Widodo menafikan spekulasi beberapa menteri Kabinet meletak jawatan termasuk Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati.
Pilpres 2024: Gibran agih susu percuma didakwa langgar peraturan kempen
Badan pemerhati pilihan raya Indonesia telah memanggil anak Presiden Joko Widodo atau Jokowi yang menjadi calon wakil presiden (cawapres).
Indonesia terus hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza - Jokowi
Indonesia menghantar dua pesawat sarat dengan 21 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza pada Isnin.
Jokowi kemuka empat cadangan tamatkan krisis Gaza
Presiden Indonesia Joko Widodo mengemukakan empat cadangan untuk menangani krisis di Gaza.
Asap kebakaran berpotensi merebak, Jokowi gesa tindakan segera
Presiden Indonesia Joko Widodo memberi peringatan bahawa asap daripada kebakaran hutan di negara itu berpotensi untuk tersebar secara meluas.
HSR Jakarta-Bandung permudah pergerakan rakyat, pacu pertumbuhan ekonomi Indonesia
Perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung diyakini dapat mempermudah pergerakan penduduk Indonesia.
Orang ramai boleh uji kereta api laju Jakarta-Bandung pada Oktober - Jokowi
Presiden Joko Widodo (Jokowi) menyatakan orang ramai boleh mengambil bahagian dalam ujian perjalanan kereta api cepat Jakarta-Bandung (KCJB) yang bermula pada Oktober tahun ini.