Jordan hantar lagi konvoi bantuan ke Syria untuk ringankan krisis kemanusiaan

Konvoi terdiri 16 trak bawa unit perumahan, bekalan perubatan dan ubat-ubatan. - Foto Ministry of Foreign Affairs (Qatar)
AMMAN: Jordan menghantar satu lagi konvoi bantuan kemanusiaan ke Syria pada Ahad sebagai sebahagian daripada usaha berterusan negara itu membantu rakyat Syria menghadapi keadaan kemanusiaan yang semakin meruncing, lapor Xinhua memetik pegawai tempatan.
Ringkasan AI
- Jordan hantar konvoi bantuan kemanusiaan ke Syria untuk bantu rakyat atasi keadaan meruncing.
- Konvoi terdiri 16 trak bawa unit perumahan, bekalan perubatan dan ubat-ubatan.
- Bantuan dihantar dengan kerjasama Syria untuk tangani keperluan kemanusiaan dan kesihatan mendesak.
Bantuan itu dihantar dengan penyelarasan bersama pihak berkuasa Syria bagi menangani keperluan kemanusiaan dan kesihatan mendesak di kawasan terjejas, menurut kenyataan itu.
JHCO turut memaklumkan bahawa Jordan sebelum ini bersama Qatar telah menghantar konvoi bantuan bersama ke Syria pada September sebagai sebahagian daripada inisiatif Arab yang lebih luas untuk membantu negara itu pulih daripada ketegangan yang berlaku di Sweida baru-baru ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


