ISTANBUL: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mengesahkan jumlah kematian pekerjanya di Gaza akibat serangan udara Israel kini mencecah 158 orang, lapor Agensi Anadolu.
"Sehingga 15 Feb, jumlah rakan sekerja UNRWA yang terbunuh sejak permulaan perang kini seramai seramai 158, termasuk dua kematian terbaharu sejak kemas kini terakhir UNRWA.
"Kini hampir 1.5 juta orang berada di Rafah, lebih enam kali ganda penduduk berbanding sebelum 7 Okt," menurut agensi itu dalam laporan pada Jumaat.
UNRWA berkata peningkatan serangan udara di bandar Rafah di selatan Gaza mencetuskan kebimbangan dari segi operasi kemanusiaan di situ.
Jumlah trak bantuan yang memasuki Gaza masih jauh di bawah sasaran 500 sehari, selain kesukaran untuk membawa bekalan melalui Karem Abu Salem (Kerem Shalom) dan Rafah.
Israel menyerang Semenanjung Gaza sejak Oktober dan sejak itu, sekurang-kurangnya 28,775 orang terbunuh dan 68,552 yang lain cedera. Serangan itu turut merosakkan atau memusnahkan sebahagian besar infrastruktur dan menyebabkan kekurangan barangan keperluan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 17 2024
Sehingga 15 Februari, jumlah rakan sekerja UNRWA yang terbunuh sejak permulaan perang kini seramai seramai 158. - Gambar fail/Reuters
Kehadiran Armada Laut Turki terjemahan hubungan erat Malaysia-Turki
Hubungan erat kedua-dua negara telah berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Jumlah anggota PBB terkorban di Semenanjung Gaza meningkat kepada 158
Sehingga 15 Februari, jumlah rakan sekerja UNRWA yang terbunuh sejak permulaan perang kini seramai seramai 158.
Guru, pakar sakit puan antara kakitangan PBB terbunuh di Gaza
Serangan Israel di Semenanjung Gaza telah membunuh 11 kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada petang Rabu.
Dua petugas PBB warga Malaysia akan tinggal di Beijing
Kedua-dua mereka yang bertugas di bawah Program Makanan Sedunia PBB, Stella Lim and Nyanaprakash Muniandy telah sampai di Beijing.