awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah wartawan diserang semasa protes di Brazil meningkat ke 14

Bernama
Bernama
10/01/2023
21:00 MYT
Jumlah wartawan diserang semasa protes di Brazil meningkat ke 14
Penyokong Bolsonaro menyerbu bangunan Kongres Nasional sebagai memprotes keputusan pilihan raya presiden 2022, di Brasilia, Brazil, 8 Jan 2023. REUTERS
MOSCOW: Jumlah wartawan yang diserang semasa membuat liputan mengenai protes yang tercetus di Brazil meningkat kepada 14 orang, menurut Kesatuan Wartawan Daerah Persekutuan negara itu.
"Kesatuan Wartawan Daerah Persekutuan menerima laporan bahawa 14 petugas media diserang... pada Ahad," menurut kenyataan itu.
Antara wartawan yang cedera adalah petugas media dari Washington Post, Agensi Anadolu, Reuters dan Agence France-Presse (AFP) manakala kebanyakan peralatan mereka turut dicuri, lapor Sputnik.
Penyokong bekas Presiden Brazil Jair Bolsonaro, memprotes keputusan pilihan raya presiden 2022 dengan menyerbu bangunan Kongres Nasional, serta Palacio do Planalto, iaitu antara kediaman rasmi Presiden, dan bangunan Mahkamah Agung di ibu negara Brazil pada Ahad.
Polis berjaya menguasai semula bangunan-bangunan berkenaan pada hari sama dan menahan lebih 400 orang.
Pasukan keselamatan di Brasilia pada Isnin melancarkan operasi untuk menyuraikan protes berhampiran ibu pejabat angkatan tentera Brazil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#protes brazil
#wartawan
#serangan
#protes keputusan pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan