awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kafe Harry Potter' akan dibuka semula

Agensi
Agensi
23/12/2023
07:27 MYT
'Kafe Harry Potter' akan dibuka semula
Kafe Elephant House adalah salah satu daripada beberapa hartanah yang rosak teruk dalam kebakaran di Jambatan George IV di Edinburgh pada Ogos 2021. Kiri: Rowling.
SEBUAH kafe ikonik lokasi penulis terkenal JK Rowling menulis sebahagian daripada buku Harry Potternya yang terkenal akan dibuka semula selepas terbakar tiga tahun lalu.
Kafe Elephant House adalah salah satu daripada beberapa hartanah yang rosak teruk dalam kebakaran di Jambatan George IV di Edinburgh pada Ogos 2021.
Pembukaan semula kafe itu tergendala disebabkan syarikat pemilik bangunan telah dibubarkan sebelum ini.
Namun pemilik kafe itu, David Taylor berharap agar dapat dibuka semula menjelang musim panas 2024.
Taylor memberitahu BBC bahawa pengubahsuaian kafe berkenaan akan menelan kos kira-kira £1 juta dengan kerja pembaikan bermula tidak lama lagi.
Dia yang telah memiliki kafe itu selama 28 tahun, kini telah membuka Elephant House kedua di sekitar Victoria Street, lokasi penjualan Butterbeer - minuman yang dinikmati Harry Potter dalam buku JK Rowling.
Antara tarikan di kafe kedua itu adalah meja yang digunakan Rowling untuk menulis sebahagian daripada bukunya. Meja itu berjaya diselamatkan daripada kebakaran dan telah dibaik pulih.
Meja itu akan dipindahkan semula ke kafe asal di kawasan George IV Bridge apabila ia dibuka semula tahun depan..
Taylor juga telah melancarkan francais The Elephant Cafe International bersama Andrew McRae, pemilik rangkaian runcit Museum Context - penjual barangan Harry Potter berlesen.
Mereka telah membuka francais di Manila pada bulan Februari di mana meja ikonik JK Rowling akan berada di situ selama sebulan dan francais lain akan dibuka di lokasi berlainan di Asia.
Siri buku Harry Potter yang ditulis Rowling merupakan salah satu siri novel terlaris di dunia yang turut dialih bahasa kepada lebih 50 bahasa.
Buku tersebut telah terjual melebihi 325 juta naskhah di seluruh dunia selain filem adaptasinya yang diterbitkan Warner Bros, merupakan antara francais filem terbaik dunia.
Topic Berkaitan
#JK Rowling
#kafe Harry Potter
#buka semula
#kebakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan