TUNIS: Puluhan pekerja stesen televisyen (TV) rasmi Tunisia pada Jumaat berhimpun membantah tindakan pihak editorial menjadikan agenda Presiden Tunisia Kais Saied sebagai dasar stesen TV itu.
Penunjuk perasaan memegang sepanduk menuntut pihak berkuasa berhenti mencampuri tugas wartawan dan menghentikan sebarang cubaan menyekat suara pembangkang, dengan melantik Awatef al-Dali sebagai pengarah baharu stesen televisyen itu, lapor agensi Anadolu.
"TV Tunisia telah mengikut telunjuk pihak berkuasa dan hanya bersuara untuk satu pihak, serta mengenepikan suara lain," kata Naib Presiden kesatuan wartawan Tunisia, Amira Mohamed.
Beliau berkata al-Dali menolak sebarang program yang mengetengahkan perbezaan pandangan politik atau ekonomi.
Pada Julai lalu, Saied dilaporkan telah merombak kerajaan, menggantung Parlimen dan mengambil alih kuasa eksekutif, di tengah-tengah kemarahan rakyat susulan ekonomi merudum dan lumpuhnya sistem politik.
Walaupun Saied menegaskan "langkah luar biasanya itu bertujuan menyelamatkan negara", pengkritik menuduhnya sebagai dalang terhadap rampasan kuasa.
Tunisia dilihat satu-satunya negara yang berjaya melaksanakan peralihan demokrasi dalam kalangan negara Arab.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 12 2022
Sebahagian daripda petugas media yang berdemonstrasi menuntut pihak berkuasa berhenti mencampuri tugas wartawan dan menghentikan sebarang cubaan menyekat suara pembangkang. - Twitter @xlr_media
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Keputusan awal: Presiden Tunisia Kais Saied dipilih semula
Keputusan awal menunjukkan Presiden Tunisia, Kais Saied dipilih semula untuk penggal kedua selepas meraih 90.69 peratus undi dalam pilihan raya presiden pada Ahad.
Presiden Tunisia Kais Saied dijangka menang pilihan raya - Tinjauan
Berdasarkan tinjauan, Saied memperoleh 89.2 peratus undi, diikuti Ayachi Zammel dengan 6.9 peratus dan Zouhair Maghzaoui dengan 3.9 peratus.
Pengundian bermula dalam Pilihan Raya Presiden Tunisia
Pengundian bermula pada pukul 8 pagi dan ditutup pada pukul 6 petang waktu di 5,013 pusat pengundian dan 9,669 stesen pengundian.
Presiden Tunisia pecat Perdana Menteri
Saied kemudiannya melantik Menteri Hal Ehwal Sosial, Kamel Maddouri sebagai perdana menteri baharu.
Tunisia catat paras penggunaan tenaga tertinggi berikutan gelombang haba
Rekod tertinggi ketiga penggunaan tenaga direkodkan di Tunisia pada 1148 GMT Khamis, kepada 4,825 megawatt.
Bekas Speaker Parlimen Tunisia dihukum penjara setahun
Ghannouchi turut didenda 1,000 dinar Tunisia (AS$333) oleh mahkamah di Tunisia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia pantau perkembangan di Tunisia - Zambry
Malaysia harap perdamaian dan konsensus nasional akan menjadi jalan ke arah membawa kemajuan dan kemakmuran bagi rakyat Tunisia.
Tunisia, Syria buka semula kedutaan selepas 11 tahun
Tunisia dan Syria memutuskan untuk membuka semula kedutaan masing-masing bagi menyambung semula hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, menurut Kementerian Luar Tunisia pada Rabu.
Dek Wan juarai GP Olahraga Para Dunia di Tunisia
Mohamad Ridzuan merekodkan masa 12.51 saat untuk meninggalkan pesaing terdekat Abdulsattar Challoob dari Iraq.