awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih banyak salji dijangka landa timur, utara Jepun
Mexico rekod 936 gegar penghujung selepas gempa bumi bermagnitud 6.5 - Pakar Seismologi
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanada bimbang hasrat AS pertimbang kenakan semula tarif aluminium, keluli

Bernama
Bernama
09/07/2020
02:31 MYT
Kanada bimbang hasrat AS pertimbang kenakan semula tarif aluminium, keluli
Trudeau berkata AS tidak menghasilkan aluminium yang cukup untuk memenuhi keperluan negara itu. - Gambar fail
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau bimbang dengan laporan mengatakan Amerika Syarikat (AS) sedang mempertimbangkan untuk mengenakan semula tarif ke atas aluminium dan keluli, lapor agensi berita Xinhua.
Bercakap kepada wartawan di Ottawa pada Rabu Trudeau berkata dalam suasana persekitaran ekonomi yang sedang menghadapi tekanan, sangat penting untuk Kanada terus "mempunyai akses terhadap pasaran terpenting di dunia dan ia bagus untuk pekerja dan sektor pekerjaan di Kanada."
"Pada masa sama, kami khuatir dengan ancaman tarif tambahan aluminium dan keluli. Ini sesuatu yang agak sukar difahami kerana AS sangat bergantung kepada import aluminium Kanada, khususnya, untuk negara mereka," katanya.
Beliau berkata AS tidak menghasilkan aluminium yang cukup untuk memenuhi keperluan negara itu.
Pegawai Kanada masih berusaha keras untuk memastikan AS tidak meneruskan hasratnya itu yang dilihat boleh memberi kesan negatif.
Trudeau sepatutnya berlepas ke Washington pada Rabu untuk bertemu dengan Presiden Donald Trump dan Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador sempena pelancaran perjanjian perdagangan Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA), juga dikenali sebagai CUSMA.
BACA: AS-Mexico bakal meterai pengisytiharan kerjasama
Perjanjian itu berkuat kuasa pada 1 Julai, menggantikan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) yang sudah berusia 26 tahun.
Trudeau berada di Ottawa untuk menghadiri mesyuarat kabinet dan sidang Parlimen yang telah lama dirancang, menurut Pejabat Perdana Menteri.
Sehubungan itu, Trudeau berharap berpeluang untuk mengucapkan tahniah kepada Trump atas kejayaan perjanjian Amerika Utara yang baharu itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aluminium
#Amerika Syarikat
#AS
#Donald Trump
#ekonomi
#import
#Justin Trudeau
#kabinet
#keluli
#laporan
#Mexico
#Ottawa
#Parlimen
#Pekerja
#Perdana Menteri
#perjanjian
#sektor pekerjaan
#tarif
#Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan