NEW DELHI: Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menuduh India terlibat dalam pembunuhan seorang pemimpin masyarakat Sikh yang berasal dari India, memburukkan lagi hubungan antara kedua-dua negara itu.
Trudeau yang berada di New Delhi awal bulan ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20, memberitahu Parlimen Kanada pada Isnin bahawa beliau membangkitkan isu pembunuhan Hardeep Singh Nijjar pada mesyuarat itu yang turut dihadiri Perdana Menteri Narendra Modi.
Nijjar, 45, ketua gurdwara, ditembak mati pada 18 Jun di bandar Surrey di wilayah British Columbia.
"Sejak beberapa minggu lepas, agensi keselamatan Kanada menyiasat potensi hubungan antara ejen kerajaan India dan pembunuhan Hardeep Singh Nijjar, seorang warga Kanada.
"Kanada telah menyuarakan kebimbangannya kepada pegawai perisikan dan keselamatan tertinggi kerajaan India. Pada G20 minggu lepas, saya secara peribadi dan berterus-terang bercakap dengan Perdana Menteri Modi," kata Trudeau kepada Dewan Rakyat.
Nijjar, seorang penyokong gerakan pemisah Khalistan, diisytiharkan sebagai "pengganas" di India.
Pembunuhan itu mencetuskan bantahan secara meluas dan demonstrasi berlangsung di bandar-bandar utama di Kanada.
Kanada menjadi pilihan ramai diaspora Sikh.
Perdana menteri Kanada memberi jaminan kepada ahli parlimen bahawa melindungi keselamatan warga Kanada merupakan keutamaannya dan semua langkah akan diambil untuk menahan pelaku pembunuhan itu.
"Sebarang penglibatan kerajaan asing dalam pembunuhan warga Kanada di bumi Kanada adalah pencabulan kedaulatan dan tidak boleh diterima," kata Trudeau.
"Saya menggesa kerajaan India supaya bekerjasama dengan Kanada bagi menyelesaikan isu ini," katanya.
Pada Isnin Kanada memecat seorang diplomat terkemuka India berhubung isu itu, kata Menteri Luar Kanada Melanie Joly.
"Kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk campur tangan asing," kata Joly kepada pemberita.
Diplomat itu, Pavan Kumar Rai ialah ketua agensi perisikan asing India Research and Analysis Wing (RAW) di Kanada, lapor media Kanada, memetik pejabat Joly.
Pemecatan itu berkemungkinan akan menambah lagi ketegangan hubungan India-Kanada.
Kenyataan India yang dikeluarkan selepas mesyuarat Modi-Trudeau pada 10 September menyerlahkan kritikan Modi terhadap Kanada.
"Beliau menyuarakan kebimbangan kami mengenai aktiviti ekstremis anti-India di Kanada," katanya.
Kanada pada Jumaat turut mengumumkan pembatalan misi perdagangannya ke India di Mumbai pada Oktober.
Menteri Perdagangan India Piyush Goyal pada Sabtu memberitahu media tempatan bahawa rundingan perdagangan yang sedang berlangsung dengan Kanada, dihentikan kerana perselisihan faham itu.
"Kami menghentikan sementara dialog perdagangan dengan Kanada. Kami perlu mempunyai persetujuan yang sama dari segi geopolitik dan ekonomi,"katanya.
Goyal juga menyebut mengenai beberapa isu "kebimbangan serius" dibangkitkan semasa pertemuan Modi dan Trudeau baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023

Trudeau memberi jaminan, melindungi keselamatan warga Kanada merupakan keutamaannya dan semua langkah akan diambil untuk menahan pelaku pembunuhan itu. - Gambar/ AP

LTdL 2023: Nur Amirull rampas jersi Raja Bukit rakan sepasukan
Pelumba pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki berjaya menyambar jersi Raja Bukit pada perlumbaan peringkat kedua LTdl 2023.

Tidak puas hati keputusan juri, pertandingan dikir barat kecoh
Pertandingan akhir dikir barat sempena Festival Kesenian Rakyat Kelate (FKRK) 2023 di Pantai Geting malam Sabtu kecoh apabila wujud ketidakpuasan hati terhadap senarai pemenang.

Pencapaian di Sukan Asia jadi indikator persediaan hadapi Olimpik 2024
Pencapaian pada Sukan Asia Hangzhou 2022 menjadi indikator penting dalam persediaan menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.

Tentera Israel bunuh 2 rakyat Palestin dalam serbuan di Tebing Barat
Tentera Israel membunuh dua rakyat Palestin dalam serbuan di Kem Pelarian Nur Shams di Tebing Barat yang diduduki pada Ahad.

Anak bekas menteri layak terima biasiswa, pemilihan ikut dasar, SOP - MAIWP
Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri layak menerima Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Luar Negara (Jordan) MAIWP.
Radi Jidin nafi video kaitkan tuduhan projek runding terus dan isteri kerabat diraja
Ahli Parlimen Putraja, Datuk Mohd Radzi Jidin menafikan isteri beliau merupakan seorang kerabat diraja dan menegaskan tidak terlibat dalam projek rundingan terus bernilai RM 80 juta seperri yang tular di media sosial.

PRK Pelangai: Pemuda UMNO nafi protes calon BN
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menafikan berlaku protes terhadap pemilihan Datuk Amizar Abu Adam sebagai calon BN bagi PRK Pelangai.

Semua tabika KEMAS bakal dilengkapi kemudahan internet - Rubiah
KEMAS jalin kerjasama strategik dengan Telekom Malaysia bagi menyediakan kemudahan internet di semua tabika KEMAS.
Sesi pembelajaran SK Permatang Tok Kandu tetap diteruskan
Fadhlina berkata sesi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu di Permatang Pauh, Pulau Pinang tetap diteruskan walaupun lima bilik kelas musnah dalam satu insiden kebakaran pada Sabtu.
PBB akan keluar syor pengunaan AI
Pendekatan PBB adalah untuk mempromosikan AI, yang bermanfaat kepada semua orang dan tidak mendatangkan kemudaratan khususnya kepada negara miskin.

MIC-Makkal Sakti sepakat tubuh sekretariat satukan masyarakat India
Satu sekretariat yang diterajui MIC bersama Makkal Sakti akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menangani isu berkaitan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat India.

Perbalahan diplomatik: India gantung perkhidmatan visa untuk warga Kanada
India telah menggantung perkhidmatan visa untuk rakyat Kanada, kata penyedia perkhidmatan visa BLS International pada Khamis di laman webnya, memetik notis daripada misi India, lapor Xinhua.

Pembunuhan pemimpin Sikh di Kanada, AS gesa India berkerjasama
Rumah Putih menggesa India pada Rabu agar "bekerjasama sepenuhnya" dengan siasatan Kanada terhadap pembunuhan seorang pemimpin pemisah Sikh di Kanada.

India keluarkan nasihat perjalanan untuk warganya di Kanada
India pada Rabu mengeluarkan nasihat perjalanan untuk warganya di Kanada berikutan hubungan diplomatik yang semakin tegang ekoran kes pembunuhan seorang aktivis Sikh Kanada.

Malaysia, India bincang kerjasama pertahanan di New Delhi
Pegawai dari kementerian pertahanan India dan Malaysia membincangkan kerjasama dalam pelbagai bidang semasa mesyuarat mereka di New Delhi.

India usir diplomat Kanada sebagai reaksi langkah serupa diambil Ottawa
India telah memutuskan untuk mengusir seorang diplomat kanan Kanada, meminta perwakilan asing itu meninggalkan negara ini dalam tempoh lima hari.

Kanada dakwa India terlibat dalam pembunuhan pemimpin Sikh, pecat diplomat India
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menuduh India terlibat dalam pembunuhan seorang pemimpin masyarakat Sikh yang berasal dari India, memburukkan lagi hubungan antara kedua-dua negara itu.

Santiniketan disenarai sebagai tapak warisan dunia UNESCO
Santiniketan, sebuah bandar di India, tempat pemenang Nobel Rabindranath Tagore membina universiti pusat Visva Bharati lebih seabad lepas, kini dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.

10 hilang, bot terbalik di Bihar, India
Sekurang-kurangnya 10 orang hilang manakala 20 lagi berjaya diselamatkan selepas bot yang dinaiki terbalik di Bihar di timur India pada Khamis.

Kesatuan Afrika jadi ahli tetap G20 - Modi
G20 bersetuju bahawa Kesatuan Afrika (AU) akan menyertai kumpulan kuasa ekonomi terkemuka itu, Perdana Menteri India Narendra Modi.