OTTAWA: Kerajaan Kanada bakal memperkenalkan syarat baharu kos sara hidup untuk pelajar antarabangsa yang akan tiba pada 1 Januari 2024, lapor Xinhua.
Menteri Imigresen, Pelarian dan Kewarganegaraan Marc Miller dalam satu kenyataan berkata seorang pemohon tunggal perlu mempunyai sejumlah 20,635 dolar Kanada (US$15,181) sebagai tambahan kepada yuran pengajian tahun pertama dan kos perjalanan.
Sebelum ini, syarat kos sara hidup bagi pemohon permit pengajian ditetapkan pada 10,000 dolar Kanada (US$7,357).
"Keperluan kewangan tidak seiring dengan kos sara hidup dari semasa ke semasa, menyebabkan pelajar yang tiba di Kanada mempunyai dana yang tidak mencukupi," menurut kenyataan itu.
Miller berkata keperluan itu akan diselaraskan setiap tahun apabila Statistics Canada mengemas kini low-income cut-off (LICO). LICO mewakili pendapatan minimum yang diperlukan untuk memastikan bahawa seseorang tidak perlu memperuntukkan kos lebih tinggi.
"Dalam menerima ketibaan pelajar antarabangsa, kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan pelajar mendapat sokongan yang diperlukan apabila mereka datang ke negara kita," kata Miller.
Beliau berkata menjelang semester September 2024, beberapa langkah akan dilaksanakan, termasuk sekatan visa bertujuan untuk memastikan institusi pengajian yang ditetapkan menyediakan sokongan dan bantuan yang secukupnya untuk pelajar.
Sektor pendidikan antarabangsa menyumbang lebih 22 bilion dolar Kanada (US$16 bilion), melebihi eksport dalam sektor alat ganti kereta, kayu balak atau pesawat dan menyediakan lebih 200,000 pekerjaan di Kanada.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023
Sektor pendidikan antarabangsa menyumbang lebih 22 bilion dolar Kanada (US$16 bilion) setiap tahun. - Gambar hiasan
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.
Skuad berbasikal trek pulang tangan kosong dari Kanada
Muhammad Ridwan Sahrom menamatkan saingan di tempat ke-29 selepas tersingkir awal pada pusingan kelayakan.
Piala Dunia: Bertrand duduki tempat ke-10 acara 10m platform lelaki
Atlet terjun negara itu, mengumpulkan 389.85 mata selepas enam terjunan pada acara berlangsung di Parc Olympique.
Kanada tangguh dana UNRWA Palestin, terus pembiayaan kepada agensi lain di Gaza
Kanada meneruskan bantuan untuk rakyat Palestin di Gaza pada Selasa dengan menyediakan dana sebanyak CAN$40 juta (RM141 juta) untuk pelbagai agensi.
Malaysian Tigress tumpas 0-3 kepada Kanada
Pasukan Kanada membuka jaringan seawal minit ketiga apabila Sara McManus menyempurnakan pukulan sudut penalti.
Kanada naikkan syarat kos sara hidup pelajar antarabangsa
Kerajaan Kanada bakal memperkenalkan syarat baharu kos sara hidup untuk pelajar antarabangsa yang akan tiba pada 1 Januari 2024, lapor Xinhua.
India keluar semula visa untuk warga Kanada
India memutuskan untuk menyambung semula perkhidmatan visa kemasukan, perniagaan, perubatan dan persidangan.
3 kanak-kanak antara 5 maut dalam insiden tembakan di Kanada
Lima orang, termasuk tiga kanak-kanak maut dalam kejadian tembakan di Kanada.
India tuntut Kanada panggil balik kira-kira 40 diplomat sebelum 10 Okt
Sumber lain berkata New Delhi telah mengancam untuk membatalkan kekebalan diplomatik diplomat Kanada yang kekal selepas tarikh itu.
Veteran Nazi, keluarga bersembunyi selepas skandal di Parlimen Kanada
Veteran Nazi Ukraine Yaroslav Hunka dan keluarganya kini bersembunyi berikutan skandal di Parlimen Kanada, Sputnik memetik laporan saluran televisyen CBC.