SEORANG kanak-kanak maut akibat kebuluran di dalam sebuah rumah kosong kerana ditinggalkan 'ibunya' selepas lari bersama seorang lelaki lain.
Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun itu ditemui mati di kediamannya bandar Gumi, Korea Selatan dan polis telah menahan ibu kandung serta kakaknya.
Mangsa ditemui mati pada 10 Februari lalu dan pasukan penyiasat percaya mangsa telah meninggal dunia akibat kebuluran sejak enam bulan sebelum itu.
Bagaimanapun, ujian DNA mendedahkan wanita yang ditahan, yang dikenali sebagai Kim, merupakan kakak kandung kepada mangsa.
Sebaliknya, siasatan terperinci mendapati individu yang mendakwa dirinya nenek mangsa, Seok, 49 adalah ibu kandung mangsa.
Media tempatan melaporkan wanita itu menyerahkan anak yang baharu dilahirkannya kepada anak sulungnya untuk dijaga bersama suaminya ketika itu.
Malah, ujian DNA turut mendedahkan suami Seok bukan bapa kandung mangsa.
Justeru, pihak polis kini cuba mengesan bapa kandung mangsa.
Kakak mangsa, Kim dilaporkan telah bercerai dengan suaminya, Hong pada April tahun lalu, sekali gus mengabaikan adik bongsunya itu dan hidup bersama seorang lelaki lain.
Sebagai penjaga kepada mangsa, Kim berdepan pertuduhan pengabaian terhadap kanak-kanak.
Agensi
Tue Mar 23 2021
Mangsa ditemui mati pada 10 Februari lalu dan pasukan penyiasat percaya mangsa telah meninggal dunia akibat kebuluran sejak enam bulan sebelum itu. - Gambar hiasan / pixabay
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Dua pengasuh ditahan dipercayai dera bayi autistik 11 bulan
Polis menahan dua pengasuh sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Semenyih, di sini kerana dipercayai mendera seorang bayi autistik berusia 11 bulan.
Kanak-kanak melecur teruk tahan sakit 5 hari, disyaki diabai ibu bapa
Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan sakit lima hari kerana melecur di separuh bahagian badannya akibat bermain api di timbunan sampah berhampiran rumahnya.
Jumlah Pelindung Kanak-Kanak perlu ditambah dengan segera - Rina
Nisbah ketika ini adalah seorang 'Pelindung' bagi setiap 50 hingga 100 kanak-kanak.
Penjaga spa mengaku tidak bersalah abai, buang mayat bayi
Dia didakwa dengan sengaja menyembunyikan kelahiran secara rahsia dengan membuang mayat seorang bayi yang dilahirkan oleh seorang wanita warga asing.
Kanak-kanak mati kebuluran, 'ibu' lari ikut lelaki lain
Mangsa ditemui mati pada 10 Februari lalu dan pasukan penyiasat percaya mangsa telah meninggal dunia akibat kebuluran sejak enam bulan sebelum itu.
Polis buru bapa, kanak-kanak lelaki pandu lori
Hasil semakan lanjut mendapati kejadian tersebut berlaku di kawasan Rantau, Seremban.
Masyarakat perlu lebih peka dengan keadaan sekeliling - Mufti
Keadaan masyarakat sekarang yang semakin teruk dengan masalah sosial berpunca daripada sikap masing-masing yang tidak mahu bertanggungjawab dan mengambil berat dengan persekitaran mereka.