awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanser dihidapi Raja Charles mampu satukan keluarga diraja British - Putera Harry

Agensi
Agensi
16/02/2024
22:15 MYT
Kanser dihidapi Raja Charles mampu satukan keluarga diraja British - Putera Harry
Putera Harry tidak menunggu lama untuk membuat keputusan segera meninggalkan Amerika Syarikat (AS) menuju tanah airnya sebaik mendengar khabar duka bapanya, Raja Charles III menghidap kanser. - Gambar fail REUTERS
NEW YORK: Kerabat diraja England, Putera Harry mendedahkan, beliau tidak menunggu lama untuk membuat keputusan segera meninggalkan Amerika Syarikat (AS) menuju tanah airnya sebaik mendengar khabar duka bapanya, Raja Charles III menghidap kanser.
Dalam wawancara dengan program Good Morning America, Putera Harry berkata, beliau juga sangat ‘bersyukur’ kerana berpeluang meluangkan masa bersama bapanya dalam pertemuan singkat di London.
Putera Harry juga bersetuju bahawa keluarganya berpeluang untuk kembali rapat susulan keadaan kesihatan Raja England itu.
Putera Harry yang melepaskan jawatan kehormat dalam tentera serta hak keistimewaan anggota diraja yang bekerja berkata, beliau yakin ada cahaya penyatuan ke arah itu.
"Selama ini, saya melihatnya setiap hari bahawa adanya kekuatan untuk keluarga ini bersatu.
"Ujian dan kesakitan ini membawa kepada penyatuan keluarga," kata Putera Harry yang mempunyai hubungan tegang dengan beberapa kerabat diraja berpindah ke AS pada Februari 2021.
Ini merupakan wawancara pertama Putera Harry sejak bapanya diagnosis kanser.
Raja Charles III telah menghentikan semua tugas yang dihadapi orang ramai semasa baginda menerima rawatan, dengan kerabat diraja - termasuk Ratu Camilla dan Putera William - mengambil alih tugasnya untuk beberapa acara.
Dalam masa sama, putera diraja yang berkahwin dengan pelakon AS, Meghan Markle tidak menolak akan lebih kerap pulang ke United Kingdom (UK) seraya berkata: "Saya akan pulang dan berjumpa keluarga saya sekerap yang saya mampu."
Bercakap tentang perjalanannya untuk berjumpa bapanya selepas diagnosis kanser, Putera Harry secara terbuka berkata: "Saya sayang keluarga saya."
"Hakikat bahawa saya dapat menaiki kapal terbang dan pergi berjumpa dengannya, dan meluangkan masa bersamanya, saya bersyukur untuk itu," katanya.
Putera Harry berada di London hanya semalam untuk melawat bapanya selepas berita Raja Charles III diagnosis kanser didedahkan kepada umum.
Bagaimanapun, isterinya, Markle dan anak-anak mereka, Putera Archie dan Puteri Lilibet tidak menyertainya.
Difahamkan, Putera Harry juga tidak bertemu abangnya, Putera William selepas menghabiskan masa sekitar 45 minit di Clarence House untuk menziarahi Raja Charles III.
Pada 2020, putera raja tu dan Markle berpindah ke AS selepas mereka berundur daripada menjadi "kerajaan diraja yang bekerja".
Mengulas mengenai kehidupannya di California, tempat dia tinggal bersama isterinya, Putera Harry berkata dia mempunyai “pertimbangan” untuk memohon kerakyatan AS.
"Kewarganegaraan Amerika adalah satu pemikiran yang terlintas di fikiran saya, tetapi sudah tentu ia bukan keutamaan sekarang," katanya. - Agensi
Topic Berkaitan
#Raja Charles III
#Raja Charles III kanser
#Putera Harry
#Putera William
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan