awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal angkasa India Chandrayaan-3 selamat mendarat di kutub selatan bulan

Agensi
Agensi
23/08/2023
14:04 MYT
Kapal angkasa India Chandrayaan-3 selamat mendarat di kutub selatan bulan
Kapal angkasa Chandrayaan-3 (CY3) selamat mendarat di permukaan kutub selatan bulan kira-kira jam 8.34 malam (waktu Malaysia) pada Rabu. - Foto AP
MUMBAI: Kapal angkasa Chandrayaan-3 (CY3) selamat mendarat di permukaan kutub selatan bulan kira-kira jam 8.34 malam (waktu Malaysia) pada Rabu.
Kapal angkasa India itu membuat percubaan kedua mendarat di bulan sekali gus menyaksikan misi terpenting bagi negara itu berjaya beberapa hari selepas kapal angkasa Rusia yang serupa terhempas.
Pendaratan kapal angkasa tanpa pemandu ini menjadi peristiwa bersejarah bagi India selepas Amerika Syarikat, Rusia dan China berjaya menyempurnakan misi mendarat di permukaan bulan.
Perdana Menteri India, Narendra Modi yang kini berada di Afrika Selatan bagi menghadiri persidangan BRICS, menonton pendaratan bersejarah itu dan menyampaikan ucapan menerusi penstriman video.
“Pada kesempatan yang menggembirakan ini, saya ingin menyampaikan ucapan kepada semua orang di dunia.
“Kejayaan ini adalah milik semua, dan ia akan membantu misi ke Bulan oleh negara lain pada masa hadapan,” katanya.
Difahamkan, semasa perjalanannya untuk mendarat di permukaan bulan, Chandrayaan-3 berjaya merakam visual yang menakjubkan.
Sementara itu, India bersaing dengan Rusia untuk mendaratkan kapal angkasa mereka di kutub selatan Bulan, wilayah yang disebut-sebut dipenuhi ais yang dikatakan boleh menjadi sebuah penempatan.
Pada 2019, percubaan pertama kapal angkasa India yang diberi nama Vikram terhempas di permukaan bulan tetapi tidak berkecai.
Topic Berkaitan
#Narendra Modi
#India
#Chandrayaan-3
#kapal angkasa India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan