DUNIA
Kapal bantuan Oxygono dipintas, diceroboh secara haram oleh tentera Israel

Oxygono merupakan vessel aman tanpa sebarang elemen ketenteraan, membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza dalam misi Global Sumud Flotilla. - Foto Thread/globalsumudflotilla
KAPAL bantuan kemanusiaan Oxygono, yang merupakan sebahagian daripada misi flotila Global Sumud, telah dipintas dan diceroboh secara haram oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) ketika berada di perairan antarabangsa berhampiran Gaza.
Ringkasan AI
- Kapal bantuan Oxygono telah dipintas secara haram oleh tentera Israel di perairan antarabangsa, dan komunikasi dengan kru serta aktivis terputus selepas kamera kapal dimatikan secara paksa.
- Oxygono merupakan vessel aman tanpa sebarang elemen ketenteraan, membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza dalam misi Global Sumud Flotilla.
- Penganjur mengecam tindakan Israel sebagai pencabulan undang-undang antarabangsa, dan menyeru PBB serta masyarakat global bertindak segera bagi menjamin keselamatan aktivis serta kelangsungan laluan bantuan.
Tiada senjata atau elemen ketenteraan dilaporkan berada di atas kapal tersebut.
“Selepas tangkapan skrin terakhir dikongsi, semua kamera atas kapal telah dimatikan. Kami kini kehilangan komunikasi sepenuhnya dengan kru dan aktivis di atas Oxygono,” kata jurucakap Global Sumud Flotilla dalam kenyataan media.
Penganjur menyifatkan tindakan Israel sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang maritim antarabangsa dan hak asasi manusia.
Mereka menegaskan bahawa pemintasan di perairan antarabangsa tanpa sebarang provokasi adalah satu bentuk pencabulan yang tidak boleh diterima.
Insiden ini menambah kepada siri tindakan keras Israel terhadap flotila bantuan ke Gaza, termasuk pemintasan kapal Handala dan Madleen sebelum ini, yang turut melibatkan penahanan Ahli Parlimen, wartawan dan aktivis dari pelbagai negara.
Global Sumud Flotilla menyeru masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu agar mengambil tindakan segera untuk memastikan keselamatan semua aktivis yang ditahan serta menjamin laluan bantuan kemanusiaan ke Gaza dapat diteruskan tanpa halangan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami