awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal selam ARA San Juan yang hilang dikhuatiri alami letupan

Agensi
Agensi
24/12/2017
15:11 MYT
Kapal selam ARA San Juan yang hilang dikhuatiri alami letupan
Tentera Laut Argentina mengesahkan pasukan mencari dan menyelamat yang turut disertai Amerika Syarikat dan Rusia mengesan sesuatu yang berkait dengan kapal selam yang hilang pada 15 November lalu. -Gambar fail/Reuters
Tentera Laut Argentina mengesahkan pasukan mencari dan menyelamat yang turut disertai Amerika Syarikat dan Rusia mengesan sesuatu yang berkait dengan kapal selam yang hilang pada 15 November lalu.
Penemuan terbaharu yang hanya disebut sebagai 'isyarat' terbabit kini sedang diteliti kapal selam milik Rusia, dan setakat ini maklumat lanjut belum dikeluarkan.
Sementara itu, kapal pencari milik Amerika Syarikat dan Argentina masih meneruskan operasi di kawasan pencarian walaupun Argentina telah mengesahkan operasi mencari mangsa dihentikan sepenuhnya awal bulan ini.
Usaha tertumpu kepada mencari bangkai kapal selam ARA San Juan yang disyaki meletup di dasar laut.
Hasil laporan terakhir yang diterima pangkalan laut dari kapten kapal malang terbabit memungkinkan berlakunya kejadian letupan selepas air laut memasuki kabin udara sebelum berlaku litar pintas.
Jurucakap tentera laut Argentina Enrique Balbi yang mengesahkan laporan berkata kapal terbabit telah karam selepas mengalami kerosakan.
Pihak berkuasa turut mengesahkan terdapat laporan berkenaan bunyi luar biasa di kesan didasar laut berhampiran kapal selam ARA San Juan.
Bunyi yang diklasifikasikan sebagai bunyi letupan itu dikesan tiga jam selepas komunikasi terakhir dibuat kapal malang itu.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#ara san juan
#Argentina
#kapal selam
#karam
#operasi
#Rusia
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan