awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal selam saksikan bangkai Titanic hilang, jutawan British antara mangsa

Astro Awani
Astro Awani
19/06/2023
23:00 MYT
Kapal selam saksikan bangkai Titanic hilang, jutawan British antara mangsa
Bangkai Titanic yang terletak pada kedalaman 3,800 meter dan 700 kilometer selatan St John's, Newfoundland. - Foto fail/REUTERS
WASHINGTON: Kapal selam yang digunakan untuk membawa pelancong menyaksikan bangkai Titanic dilaporkan hilang di Laut Atlantik sejak Ahad lalu.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah digerakkan bagi mencari kapal selam tersebut bersama anak kapalnya.
Menurut pengawal pantai Amerika Syarikat (AS), hubungan dengan kapal selam tersebut hilang kira-kira satu jam dan 45 minit selepas ia berlepas.
Syarikat pelancongan OceanGate dalam satu kenyataan berkata, segala usaha akan dilakukan bagi menyelamat anak kapal.
Pelbagai agensi kerajaan serta syarikat penyelaman menyertai operasi pencarian tersebut.
OceanGate mengenakan bayaran sebanyak AS$250,000 (RM1.2 juta) setiap seorang bagi menyertai ekspedisi ke bangkai Titanic, yang terletak pada kedalaman 3,800 meter dan 700 kilometer selatan St John's, Newfoundland.
Kapal selam OceanGate yang dilaporkan hilang itu mampu memuatkan lima orang dengan bekalan oksigen selama empat hari.
Jutawan British Hamish Harding, 58, antara yang berada dalam kapal selam berkenaan.
Topic Berkaitan
#kapal selam
#Titanic
#OceanGate
#Lautan Atlantik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan