Skip to main content

Dunia

Kapal tangki diserang di Selat Hormuz - Agensi Maritim UK

Vessels at the Strait of Hormuz, as seen from Musandam, Oman, July 20, 2026. REUTERS
Sebuah kapal tangki diserang ketika keluar dari Selat Hormuz, menurut Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) pada Isnin. - Gambar fail/ Reuters
Advertisement

TEHRAN: Sebuah kapal tangki diserang ketika keluar dari Selat Hormuz, menurut Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) pada Isnin, lapor agensi berita Jerman dpa.

UKMTO berkata, kapal itu terkena tiga “projektil tidak dikenal pasti” ketika dalam perjalanan keluar dari selat berkenaan, kira-kira 30 kilometer ke timur bandar Khasab, Oman.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Setakat ini, belum dapat dipastikan pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Insiden itu berlaku selepas Iran dan Amerika Syarikat (AS) saling melancarkan serangan pada malam sebelumnya buat kali pertama sejak akhir Julai.

Tentera AS berkata, pihaknya menyerang unit Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran yang sedang membuat persediaan untuk memasang periuk api di Selat Hormuz.

Iran kemudian melancarkan peluru berpandu ke pangkalan tentera AS di Jordan, namun dipintas, menurut pihak berkuasa Jordan.

-- BERNAMA-dpa

 

Must Watch Video

Advertisement