INTERNATIONAL
Kapal World Dream mula berlabuh selepas penumpang disahkan negatif koronavirus

Penumpang kapal layar World Dream mula berlabuh selepas pihak berkuasa Hong Kong menarik semula perintah kuarantin. Foto: AP
KAPAL persiaran World Dream mula berlabuh selepas pihak berkuasa Hong Kong menarik semula perintah kuarantin terhadap penumpang-penumpangnya.
Perintah itu ditarik balik selepas semua penumpang termasuk anak kapal disahkan negatif novel koronavirus pneumonia (NCP).
Semua penumpang kapal layar tersebut sebelum ini dikuarantin sejak Rabu selepas lapan penumpang warganegara China yang berlayar atas kapal tersebut didapati dijangkiti koronavirus bulan lalu.
Ujian dan saringan telah dilakukan terhadap semua 1,800 penumpang dan anak kapal dan didapati negatif.
Walaupun beberapa penumpang didapati mengalami simptom selepas ujian direkodkan negatif, pihak berkuasa memaklumkan tiada keperluan untuk meneruskan ujian kerana mereka tiada kontak langsung dengan penumpang China.
Perintah kuarantin juga dikenakan terhadap semua ketibaan dari China bagi mengekang penularan wabak koronavirus.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami