Kebakaran hutan di Australia memaksa beribu-ribu penduduk di Tasmania berpindah.

Api yang marak turut memusnahkan 80 bangunan di sebuah bandar kecil Dunalley termasuk sekolah, balai polis dan premis perniagaan.

Menurut Perdana Menteri Australia Julia Gillard, kerajaan akan memberikan bantuan kepada mereka yang terjejas denagn kebakaran itu. Beliau turut mengingatkan penduduk supaya menjaga keselamatan mereka.

Cuaca kering memburukkan kebakaran. Kebakaran hutan sering berlaku di Australia terutama ketika musim panas.

Pada 2009, beratus-ratus hutan di Victoria terbakar mengorbankan 173 orang.