awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran ragut 17 nyawa di bandar Hyderabad, India

Bernama
Bernama
18/05/2025
11:45 MYT
Kebakaran ragut 17 nyawa di bandar Hyderabad, India
Sekurang-kurangnya 17 orang terkorban dalam insiden kebakaran bangunan di bandar Hyderabad, selatan India, pada Ahad. - Foto REUTERS
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 17 orang terkorban dalam insiden kebakaran bangunan di bandar Hyderabad, selatan India, pada Ahad.
Kebakaran itu berlaku di sebuah kompleks perniagaan dan kediaman di Gulzar Houz, berhampiran monumen terkenal Charminar di bandar berkenaan.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Bomba, Tindak Balas Bencana, Kecemasan dan Pertahanan Awam Telangana, Y. Nagi Reddy, kebakaran itu dilaporkan pada sekitar 6.15 pagi dan berjaya dikawal pada 9 pagi.
Ketika kejadian, terdapat 21 orang berada dalam bangunan tiga tingkat berkenaan, dengan kebakaran dipercayai bermula dari sebuah kedai di tingkat bawah sebelum merebak ke tingkat atas.
"Seramai 17 orang tidak dapat diselamatkan," kata Reddy.
Beliau berkata kematian mangsa berpunca daripada sesak nafas akibat terhidu asap.
Mangsa yang terkorban termasuk lapan kanak-kanak dan lima wanita, menurut laporan media tempatan.
Berdasarkan maklumat awal, kebakaran itu dipercayai berpunca daripada litar pintas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#bandar Hyderabad
#India
#Gulzar Houz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan