awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebuntuan di hadapan Kediaman Presiden Yoon: Penyiasat gagal laksana waran penahanan

Bernama
Bernama
03/01/2025
04:30 MYT
Kebuntuan di hadapan Kediaman Presiden Yoon: Penyiasat gagal laksana waran penahanan
Pasukan dari Pejabat Siasatan Rasuah bagi Pegawai Berpangkat Tinggi (CIO) cuba memasuki Kediaman Presiden hari ini. - Gambar/ Reuters
SEOUL: Penyiasat Korea Selatan yang cuba melaksanakan waran penahanan terhadap Presiden Yoon Suk Yeol kini berdepan kebuntuan dengan Perkhidmatan Keselamatan Presiden (PSS) di luar kediaman presiden pada Jumaat, lapor Agensi Berita Yonhap.
Penyiasat daripada Pejabat Siasatan Rasuah bagi Pegawai Berpangkat Tinggi (CIO) mengemukakan waran untuk menahan Yoon dan menggeledah kediaman terbabit, tetapi Ketua PSS Park Chong-jun menolak kemasukan mereka dengan alasan kawasan itu adalah zon larangan.
"Pendakwa raya dan penyiasat CIO kini dalam kebuntuan dengan Perkhidmatan Keselamatan Presiden berada di hadapan kediaman selepas melepasi halangan pertama dan kedua," kata seorang pegawai polis, merujuk kepada pintu pagar kawasan terbabit dan dengan unit tentera yang ditempatkan di kawasan itu.
CIO mempunyai tempoh sehingga Isnin untuk melaksanakan waran penahanan atas dakwaan pemberontakan dan penyalahgunaan kuasa berkaitan percubaan singkat Yoon untuk melaksanakan undang-undang tentera pada 3 Dis lalu.
Namun, usaha CIO terhalang oleh kehadiran penyokong Yoon di luar kediaman presiden, yang turut meningkatkan risiko pertembungan dengan Perkhidmatan Keselamatan Presiden.
Ribuan penyokong berkumpul berhampiran kediaman itu sejak beberapa hari lalu untuk membantah pemecatan Yoon dan menghalang penahanannya. Sebahagian daripada mereka telah diusir secara paksa oleh polis.
CIO bekerjasama dengan polis dan unit siasatan Kementerian Pertahanan untuk menjalankan siasatan bersama terhadap cubaan pelaksanaan undang-undang tentera Yoon yang gagal.
Pasukan pembelaan Yoon menyifatkan waran itu sebagai "tidak sah dan tidak berperlembagaan" serta memfailkan injunksi untuk menghalang pelaksanaannya.
Pada Jumaat, Yun Gap-geun, seorang peguam dalam pasukan pembelaan memberitahu Yonhap bahawa "tindakan undang-undang" akan diambil terhadap cubaan CIO.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Presiden Yoon Suk Yeol
#waran tangkap
#pasukan penyiasat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan