Kedutaan Besar Indonesia di sini menyambut baik usaha Jabatan Peguam Negara membenarkan kerajaan mengeluarkan Kad Pekerja Asing Sementara kepada pekerja asing tanpa izin (PATI) yang bermajikan di negara ini.
Duta Besar Indonesia di Malaysia Herman Prayitno berkata langkah itu akan menarik minat lebih ramai warga Indonesia untuk bekerja secara sah sekali gus menyelesaikan masalah pekerja asing yang tidak berdaftar di negara ini.
"Berita ini sudah tentu menggembirakan rakyat Indonesia dan berharap ia betul-betul jadi kenyataan kerana akan memudahkan urusan pekerjaan rakyat Indonesia yang ingin bekerja di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas membuat kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Negara Datuk S A Vigneswaran di bangunan Parlimen, hari ini.
Herman berkata perkara itu akan dibincangkan antara Kementerian Tenaga Kerja di Indonesia dan Kementerian Sumber Manusia bagi merealisasikan hasrat kedua-dua pemimpin negara untuk menyelesaikan masalah PATI di Malaysia.
Menurutnya lebih sejuta pekerja Indonesia berdaftar di negara ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kebenaran pengeluaran kad itu diberi berdasarkan keperluan semasa dan terbuka kepada semua sektor namun, hanya tertakluk kepada PATI yang mempunyai majikan.
Dalam pada itu, Herman yang akan menamatkan tugasnya pada 31 Jan ini merakamkan ucapan terima kasih di atas jasa pemimpin dan rakyat di Malaysia yang membantu melancarkan tugas beliau sepanjang berkhidmat di negara ini.
Beliau yang bertugas sejak November 2012 berharap kedua-dua negara akan dapat meneruskan kerjasama lebih erat dengan Duta Besar Indonesia ke Malaysia yang baharu, Rusdi Kirana.
"Saya berharap pemimpin di negara ini akan terus membantu pengganti saya, Rusdi Kirana, untuk meneruskan agenda melibatkan perbatasan darat dan laut serta pekerja yang tidak berdaftar sehingga menghasilkan masa depan dan kesejahteraan kepada kedua-dua negara," katanya.
Sementara itu, Vigneswaran berkata beliau akan meminta Presiden Majlis Senator Malaysia Senator Datuk Seri Khairudin Samad untuk berjumpa dengan Duta Besar Indonesia yang baharu selepas beliau memulakan tugas bagi meneruskan keakraban dan silaturahim kedua-dua negara. -- Bernama
Bernama
Wed Jan 18 2017
Herman berkata langkah itu akan menarik minat lebih ramai warga Indonesia untuk bekerja secara sah sekali gus menyelesaikan masalah pekerja asing yang tidak berdaftar di negara ini. - Gambar fail
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Tragedi solat Jumaat Christchurch: 3 warga Indonesia sempat lolos, 3 masih dicari
Retno berkata pihaknya sedang giat menjejaki tiga lagi warganya yang dikhabarkan masih berada di bandar itu.
Militan bebaskan tiga tebusan warga Indonesia
Pembebasan tersebut dibantu dengan penglibatan puak Kumpulan Pembebasan Kebangsaan Moro.
Adakah program pemberian kad sementara PATI membantu?
Program pemberian E-Kad kepada PATI bermajikan, yang bakal menukar status mereka daripada pekerja haram kepada yang sah, dibuat sebagai langkah memenuhi keperluan sektor pekerjaan.
Kedutaan besar Indonesia sokong pengeluaran kad pekerja asing sementara
Kedutaan Besar Indonesia di sini menyambut baik usaha Jabatan Peguam Negara membenarkan kerajaan mengeluarkan Kad Pekerja Asing Sementara kepada pekerja asing tanpa izin (PATI) yang bermajikan.
Elak upah amah secara haram
Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Priyatno melahirkan rasa kesal terhadap insiden kes dera yang melibatkan bayi berusia empat bulan.
Warga Indonesia selesa cari rezeki di Malaysia
Mencari rezeki dengan bekerja di Malaysia merupakan pilihan terbaik menurut pandangan sebahagian warganegara Indonesia yang sudah lama bekerja di negara ini