awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keganasan: Perintah berkurung dikuatkuasakan di bandar pedalaman Australia

Bernama
Bernama
08/07/2024
06:48 MYT
Keganasan: Perintah berkurung dikuatkuasakan di bandar pedalaman Australia
Perintah itu dilaksanakan selepas empat pegawai polis yang tidak bertugas mendakwa diserang oleh sekumpulan individu di Alice Springs. - Foto Reuters
CANBERRA: Pihak berkuasa di sebuah bandar pedalaman Australia telah menguatkuasakan perintah berkurung susulan beberapa siri insiden keganasan, lapor Xinhua.
Pesuruhjaya Polis Wilayah Utara (NT) Michael Murphy pada Isnin mengumumkan perintah berkurung berkuat kuasa serta-merta di bandar Alice Springs, lebih 1,000 kilometer ke selatan Darwin, selama tiga malam.
Di bawah perintah berkurung, semua individu tidak dibenarkan memasuki daerah pusat perniagaan (CBD) Alice Springs antara 10 malam hingga 6 pagi waktu tempatan kecuali mereka mempunyai alasan yang sah untuk berbuat demikian.
Perintah itu dilaksanakan selepas empat pegawai polis yang tidak bertugas mendakwa diserang oleh sekumpulan individu di Alice Springs pada awal pagi Ahad.
Seorang pegawai polis turut dilanggar di bandar itu pada Jumaat dan satu kejadian tikaman didakwa berlaku di CBD dalam insiden berasingan.
Ini kali kedua Alice Springs dikenakan perintah berkurung pada tahun ini.
Semua kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dilarang memasuki CBD Alice Springs antara 6 petang hingga 6 pagi selama tiga minggu antara Mac dan April berikutan pergolakan awam di bandar mempunyai 25,000 orang penduduk itu.
Murphy pada Isnin berkata individu yang memasuki CBD tanpa alasan yang sah seperti melarikan diri daripada keganasan rumah tangga dan urusan kerja akan diarahkan polis untuk meninggalkan kawasan berkenaan.
Beliau berkata kegagalan mematuhi arahan polis boleh menyebabkan notis tangkapan atau pelanggaran dikeluarkan.
Jika kelakuan berbahaya berterusan, Murphy berkata perintah berkurung itu mungkin dilanjutkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#insiden keganasan
#perintah berkurung
#Australia
#Alice Springs
#pegawai polis diserang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan