awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita rugi RM166,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
Panda kembar Tokyo 'balik' China 27 Januari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekurangan dana paksa UNHCR buang 5,000 pekerja seluruh dunia

Bernama
Bernama
07/10/2025
04:50 MYT
Kekurangan dana paksa UNHCR buang 5,000 pekerja seluruh dunia
Setakat Jun 2024, UNHCR mempunyai kira-kira 15,400 kakitangan tetap dan 4,400 pekerja lain di lebih 130 negara, menjadikan jumlah keseluruhan hampir 20,000 orang. - Gambar fail
GENEVA: Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) memberhentikan hampir 5,000 pekerja di seluruh dunia tahun ini berikutan penurunan mendadak komitmen pembiayaan, lapor agensi berita Jerman dpa.

Ringkasan AI
  • UNHCR memberhentikan hampir 5,000 pekerja, iaitu sekitar satu perempat daripada keseluruhan tenaga kerja global, berikutan penurunan mendadak dalam komitmen pembiayaan.
  • Kekangan kewangan menyebabkan beberapa program dihentikan termasuk bantuan kepada mangsa penyeksaan, penutupan sekolah pelarian, serta pemotongan bantuan makanan dan kewangan.
  • Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian, Filippo Grandi, menyuarakan kebimbangan terhadap amalan penghantaran pulang pelarian oleh negara-negara seperti Amerika Syarikat, dan menekankan bahawa kebanyakan pelarian ditampung oleh negara berpendapatan rendah.

Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian, Filippo Grandi berkata jumlah itu mewakili kira-kira satu perempat daripada keseluruhan tenaga kerja UNHCR yang kini hilang pekerjaan.
Setakat Jun 2024, UNHCR mempunyai kira-kira 15,400 kakitangan tetap dan 4,400 pekerja lain di lebih 130 negara, menjadikan jumlah keseluruhan hampir 20,000 orang.
Langkah pengurangan terbabit selaras dengan keadaan kewangan semasa agensi berkenaan.
UNHCR dijangka beroperasi dengan dana sekitar AS$3.9 bilion menjelang akhir tahun, mencatatkan pengurangan hampir satu perempat berbanding peruntukan tahun sebelumnya.
Akibat kekangan kewangan itu, beberapa aktiviti UNHCR telah dihentikan, termasuk program bantuan kepada mangsa penyeksaan.
Beberapa sekolah pelarian terpaksa ditutup, manakala bantuan makanan dan kewangan kepada pelarian turut dipotong.
Grandi tidak mengulas secara langsung mengenai pengurangan besar dalam dana bantuan dari Amerika Syarikat yang turut memberi kesan besar kepada operasi UNHCR.
Namun beliau menyuarakan kebimbangan terhadap perdebatan semasa di Eropah serta amalan penghantaran pulang pelarian oleh beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, yang menurutnya tidak sejajar dengan undang-undang antarabangsa.
Menurut Grandi, kebanyakan daripada 122 juta pelarian dan individu yang kehilangan tempat tinggal di seluruh dunia bukan berada di Amerika Utara atau Eropah, tetapi di negara-negara berpendapatan rendah yang menampung beban pelarian global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UNHCR
#kekurangan dana
#buang pekerja
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan