BANDUNG: Empat pekerja kereta api maut dan lebih 20 penumpang cedera apabila tren jarak jauh Turangga Train dan tren komuter tempatan Tren Bandung Raya bertembung dekat stesen Cicalengka di daerah Cicalengka Bandung pada 6.03 pagi waktu tempatan pada Jumaat.
Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Wilayah Bandung (Basarnas) Hery Marantika berkata pasukan penyelamat telah memindahkan mangsa dari kereta api berkenaan, lapor ANTARA.
Hery berkata pemindahan penumpang dilakukan oleh beberapa pihak termasuk syarikat kereta api PT KAI.
Beliau berkata Basarnas menghantar dua pasukan, masing-masing untuk memindahkan mangsa dan mengumpul data mangsa di Hospital Cicalengka Regional Public.
Naib Presiden Perhubungan Awam KAI Joni Martinus berkata Kereta Api Turangga membawa 287 penumpang manakala Kereta api Bandung Raya membawa 191 orang.
Pada awal pagi, pemangku gabenor Jawa Barat Beyxi Machmudin berkata sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam nahas itu.
Jurucakap syarikat Dwinanto Budiadji berkata mangsa yang terkorban termasuk pemandu kereta api, pembantunya, seorang pegawai keselamatan dan konduktor, menurut laporan portal berita Liputan6.
Kesemua penumpang selamat walaupun ada dalam kalangan mereka cedera, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 05 2024
![[KEMAS KINI] 4 maut, 20 cedera kereta api bertembung di Bandung [KEMAS KINI] 4 maut, 20 cedera kereta api bertembung di Bandung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704444906_TBtraincollision.jpg)
Mangsa yang terkorban termasuk pemandu kereta api, pembantunya, seorang pegawai keselamatan dan konduktor. - Gambar/ Reuters
[TERKIN] Gegar Vaganza 11: Liza Aziz juara Gegar Vaganza 11
Liza mendendangkan lagu I Surrender nyanyian asal Celine Dion pada pusingan pertama, sebelum membawa lagu duet Cinta bersama Krisdayanti dan beradu suara dengan tiga peserta wanita lain dalam pusingan battle menerusi lagu Angkat.
Pengunduran Israel: Penduduk Palestin bergerak melalui Netzarim
Ribuan rakyat Palestin telah melalui kawasan itu dalam beberapa minggu kebelakangan ini untuk pulang ke rumah mereka di utara Gaza.
Sidang kemuncak tergempar Arab pada 27 feb
Mesir akan menganjurkan sidang kemuncak tergempar Arab pada 27 Feb bagi membincangkan perkembangan terkini di wilayah Palestin.
Prabowo seru media supaya punyai integriti
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menekankan kepentingan kewartawanan profesional dengan integriti, menyifatkannya sebagai aset berharga kepada negara.
CPI: Malaysia mampu capai kedudukan lebih baik, tangga ke 25 tak mustahil
Peranan yang dimainkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijangka memberi impak positif, selain daripada pelbagai program serta perancangan anti rasuah yang telah dilaksanakan.

Ecuador adakan pilihan raya umum
Rakyat Ecuador keluar mengundi pada Ahad untuk memilih seorang presiden, naib presiden, 151 anggota Dewan Negara dan lima anggota Parlimen Andean untuk tempoh empat tahun.
Keputusan keahlian akan dibincang dengan presiden UMNO
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terlebih dahulu.
MINDEF di peringkat akhir muktamad tapak Mawilla 4 di Bintulu
Kementerian pertahanan (MINDEF) dalam peringkat akhir muktamadkan pemilihan tapak dengan kerajaan Sarawak bagi pembinaan markas wilayah laut 4 (Mawilla 4) tentera laut diraja malaysia (TLDM) di Bintulu, Sarawak.
Kanak-kanak ikuti sesi persekolahan selepas kes mahkamah selesai
Kanak-kanak yang diselamatkan dari GISB Holdings Sdn Bhd yang masih mempunyai urusan di mahkamah akan mengikuti sesi persekolahan baharu selepas proses di mahkamah selesai.
Usaha perkukuh akidah, iman dilaksanakan segera - Mohd Na’im
Titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar usaha memperkukuh akidah dan iman umat Islam di Malaysia dipergiat akan segera dilaksanakan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Lelaki warga asing maut digilis kereta api
Seorang lelaki warga asing maut digilis kereta api di tepi landasan berdekatan kawasan perindustrian di Jalan Pelabuhan Utara di Klang.
![[KEMAS KINI] 4 maut, 20 cedera kereta api bertembung di Bandung [KEMAS KINI] 4 maut, 20 cedera kereta api bertembung di Bandung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704444906_TBtraincollision.jpg)
[KEMAS KINI] 4 maut, 20 cedera kereta api bertembung di Bandung
Empat pekerja kereta api maut dan lebih 20 penumpang cedera apabila tren jarak jauh Turangga Train dan tren komuter tempatan Tren Bandung Raya bertembung dekat stesen Cicalengka.

Tiga maut, kereta api bertembung di Indonesia
Sekurang-kurangnya tiga maut dalam kejadian kereta api komuter bertembung di Jawa Barat, Indonesia hari ini.

Kereta api penumpang langgar lori sawit
Sebuah lori muatan sawit dilanggar kereta api yang membawa 10 penumpang di Kilometer 167.80, Landasan Kereta Api Jerantut-Kuala Krau berdekatan Kampung Pisang, di sini pada Khamis.

Kereta api bawa 336 penumpang rempuh 14 lembu
Kereta Api Ekspres Rakyat Timuran (ERT) terlanggar 14 ekor lembu di Kilometer (KM) 84.5 hingga KM 84.75 di antara Bahau dengan Stesen Triang pada awal pagi Rabu.

Lelaki maut dilanggar kereta api di Bukit Mertajam
Seorang lelaki maut digilis kereta api di landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berdekatan Taman Sri Kijang, Machang Bubuk Bukit Mertajam malam tadi.

Anwar berduka dengan berita kemalangan kereta api di Odisha
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan rasa duka dengan insiden tragis yang membabitkan kemalangan kereta api di negeri Odisha, India.

Perkhidmatan awam Greece lumpuh akibat mogok, kemalangan kereta api korban 57 nyawa
Perkhidmatan awam Greece, termasuk sektor pengangkutan lumpuh selama 24 jam akibat mogok di seluruh negara ekoran kemalangan kereta api bulan lepas.

Pengawal tiada di pondok punca kemalangan kereta api berlaku
Perkhidmatan kereta api itu terlewat dari jadual asal iaitu sepatutnya berlepas dari Beaufort pada jam 11 pagi.

Tragedi kereta api Taiwan: Puluhan disahkan maut, kerja menyelamat berdepan kesukaran
Kemalangan itu disifatkan yang terburuk dalam sejarah pengangkutan kereta api di Taiwan selama beberapa dekad.