APLIKASI WhatsApp mengumumkan beberapa kemas kini baharu pada Selasa, melibatkan privasi aplikasi itu termasuk pengguna boleh membaca mesej diterima tanpa mendedahkan ia sudah dibaca atau belum.
Platform itu juga tidak lama lagi membenarkan pengguna menentukan siapa yang boleh melihat apabila mereka sedang ‘online’ dan menghalang orang lain melakukan tangkap layar terhadap mesej pengguna.
Bahkan, pengguna juga selepas ini boleh keluar dari kumpulan secara senyap tanpa ada tulisan menunjukkan pengguna berkenaan sudah “left group” seperti dilaporkan CNN.
Mengumumkan perubahan itu di Facebook dan Instagramnya, Ketua Pegawai Eksekutif Mark Zuckerberg berkata syarikat itu akan "terus membina cara baharu untuk melindungi mesej anda dan memastikannya selamat seperti perbualan bersemuka."
Untuk rekod, WhatsApp mempunyai lebih daripada 2 bilion pengguna di seluruh dunia dan dimiliki oleh syarikat induk Facebook (FB) Meta.
Ramai pengguna sebelum ini menyatakan kebimbangan mengenai dasar privasi WhatsApp yang dikongsi dengan syarikat induk Facebook, yang mempunyai reputasi bermasalah dalam melindungi data pengguna.
Kebimbangan itu menyebabkan ramai pengguna beralih ke Signal, satu lagi platform pemesejan popular yang menekankan privasi penggunanya.
Facebook cuba menghilangkan kekeliruan mengenai dasar itu, mengatakan bahawa amalan perkongsian datanya bukanlah perkara baharu dan tidak "mempengaruhi cara pengguna berkomunikasi secara peribadi dengan rakan atau keluarga."
Kini, dua daripada ciri baharu yang diperkenalkan di WhatsApp - yang akan membolehkan anda memilih siapa yang boleh melihat apabila anda aktif, dan meninggalkan kumpulan secara senyap - akan mula dilancarkan kepada semua pengguna bulan ini.
Fungsi menyekat tangkap layar, buat masa kini masih diuji dan akan disediakan kemudian, menurut WhatsApp.
Agensi
Wed Aug 10 2022
WhatsApp mempunyai lebih daripada 2 bilion pengguna di seluruh dunia dan dimiliki oleh syarikat induk Facebook (FB) Meta.
Mendiang Mutang Tagal selamat dikebumikan
Jasad mendiang Datuk Mutang Tagal selamat dikebumikan di Fairy Park Miri Memorial, Miri.
Klip pergaduhan pemain aksi Piala Belia 2024 tular
Isu keganasan sekali lagi mencemarkan imej bola sepak tempatan selepas tular klip video pergaduhan pemain yang dipercayai berlaku ketika perlawanan Kumpulan A saingan Piala Belia 2024.
Insentif cukai SFZ Forest City dimuktamad hujung bulan ini - MB Johor
Kerajaan akan memuktamadkan cadangan insentif cukai bagi menarik pelaburan dalam sektor kewangan di Zon Kewangan Khas (SFZ) di Forest City hujung bulan ini.
Petros ambil alih aktiviti jual beli gas asli bermula 1 Julai depan
Petroleum Sarawak Bhd (Petros) akan mengambil alih peranan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam semua aktiviti jual beli gas asli di Sarawak.
Malaysian Tigress belasah Vietnam 25-0 di Piala Asia 2024
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan bermula langkah kanan pada aksi Kumpulan A Piala Asia 2024 apabila membelasah Vietnam 25-0 di Chonburi Thailand hari ini.
GPS kemuka cadangan tambahan 4 kerusi DUN baharu Sarawak kepada SPR
Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk penambahan empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.
Insiden pokok tumbang: Lima lokasi terlibat sekitar KL - Bomba
Lima lokasi dilaporkan mengalami insiden pokok tumbang di sekitar ibu negara berikutan ribut dan hujan lebat pada Isnin.
Status Kelantan FC sertai Liga A1 diketahui esok
Status penyertaan Kelantan FC dalam saingan semi-pro Liga A1 2024 yang merupakan nafas baharu kepada saingan Liga M3 bermula Jun depan akan diketahui esok.
GPS harap PM pertimbang wakil Sarawak Speaker Dewan Negara
GPS berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertimbangkan wakil dari Sarawak bagi mengisi kekosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Negara susulan kematian Datuk Mutang Tagal.
Pantau Agenda Reformasi: Pasca Kuala Kubu Baharu Memilih
Ubah stigma negatif terhadap penagih dadah - Wan Azizah
Stigma negatif terhadap penagih dadah perlu diubah bagi membolehkan golongan itu tampil mendapatkan rawatan dan bantuan profesional untuk pulih daripada penagihan.
Lelaki rugi lebih RM13,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang lelaki berputih mata apabila wangnya berjumlah RM13,460 lesap setelah menjadi mangsa penipuan tawaran kerja.
WhatsApp perkenal ciri Chat Filters yang menunjukkan mesej belum dibaca
Aplikasi WhatsApp kini mempunyai tab untuk kesemua mesej, mesej yang belum dibaca dan mesej dari kumpulan yang disertai oleh pengguna.
Chatbot Meta AI mula diberikan di WhatsApp, Instagram dan Messenger
Dengan Meta AI, pengguna boleh melakukan pertanyaan mengenai pelbagai topik yang mungkin ingin ditulis.
WhatsApp kelak boleh tutup prebiu URL yang dikongsi
Ciri ini tersedia pada bahagian Lindungi Alamat IP ketika panggilan iaitu di Tetapan (Settings).
EAIC perkenal talian aduan menerusi WhatsApp
Selain itu, EAIC masih mengekalkan penerimaan aduan melalui saluran sedia ada iaitu SPAPS di Portal EAIC, e-mel dan secara bersemuka.
Aidilfitri: AADK adakan sesi lawatan khas bermula 14 April
AADK akan mengadakan sesi lawatan khas keluarga atau penjaga klien yang sedang mengikuti RPDI di 30 PUSPEN di seluruh negara sempena sambutan Aidilfitri.
Tiada sebut wang RM2 juta untuk Lim Guan Eng - Saksi
Lim didakwa melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.
Polis sahkan terima laporan fitnah Menteri Pendidikan
Polis mengesahkan telah menerima satu laporan berhubung isu fitnah mengaitkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang tular di aplikasi WhatApps dan laman Facebook.
AmanahRaya perjelas isu wang caruman ahli KWSP
Kandungan mesej berkaitan penamaan bagi caruman ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini tular melalui aplikasi WhatsApp adalah tidak benar.