awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemboja nasihatkan orang ramai tidak makan ikan buntal selepas 7 orang jatuh sakit

Bernama
Bernama
06/07/2024
10:45 MYT
Kemboja nasihatkan orang ramai tidak makan ikan buntal selepas 7 orang jatuh sakit
Terdapat lima spesies ikan buntal beracun di negara Asia Tenggara itu iaitu Carinotetraodon Lorteti, Tetraodon Biocellatus, Tetraodon Nigroviridis, Tetraodon Fluviatilis dan Monotrete Cochinchinensis. - Pixabay
PHNOM PENH: Kementerian Kesihatan Kemboja mengingatkan orang ramai untuk tidak memakan ikan buntal selepas tujuh orang dimasukkan ke hospital di wilayah Kampong Chhnang minggu ini, lapor Xinhua.
"Kesemua mereka mengalami gejala yang teruk selepas memakan ikan buntal dan memerlukan rawatan kecemasan.
"Keadaan pesakit kini semakin pulih selepas menerima rawatan intensif daripada doktor kami.
"Oleh itu, Kementerian Kesihatan ingin mengingatkan orang ramai untuk mengelakkan memakan ikan buntal kerana ia mengandungi racun yang boleh menyebabkan penyakit teruk atau kematian," menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.
Terdapat lima spesies ikan buntal beracun di negara Asia Tenggara itu iaitu "Carinotetraodon Lorteti, Tetraodon Biocellatus, Tetraodon Nigroviridis, Tetraodon Fluviatilis dan Monotrete Cochinchinensis."
Gejala yang terjadi 20 minit hingga dua jam selepas memakan ikan buntal beracun termasuk kebas di sekitar mulut dan anggota badan, sakit kepala, pening, air liur berlebihan, mual, muntah dan cirit-birit, menurut kenyataan itu.
Gejala itu boleh berkembang menjadi lumpuh, tidak sedarkan diri dan kegagalan pernafasan yang boleh menyebabkan kematian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ikan buntal
#Kemboja
#keracunan
#larangan
#makan ikan buntal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan