Skip to main content

Dunia

Kemboja perluas rangkaian pembayaran QR dengan lima negara ASEAN, termasuk Malaysia

71717473764_TBQRRentasjpg.jpg
Melalui infrastruktur pembayaran digital NBC, pengguna di Kemboja dan pelawat antarabangsa boleh membuat pembayaran runcit serta-merta dalam mata wang tempatan. - Gambar hiasan
Advertisement

PHNOM PENH: Kemboja terus memperkukuh kedudukannya dalam sektor kewangan digital menerusi pengembangan rangkaian pembayaran kod QR rentas sempadan secara dua hala dengan lima negara anggota ASEAN, iaitu Laos, Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Agensi Berita Vietnam (VNA) melaporkan, inisiatif yang diterajui Bank Negara Kemboja (NBC) menerusi platform mata wang digital Bakong dan piawaian rasmi pembayaran kod QR kebangsaan, KHQR, telah menjadikan Kemboja antara pusat pembayaran digital paling terhubung di rantau ini.

Melalui infrastruktur pembayaran digital NBC, pengguna di Kemboja dan pelawat antarabangsa boleh membuat pembayaran runcit serta-merta dalam mata wang tempatan dengan mengimbas kod QR kebangsaan menerusi rangkaian pembayaran rakan kongsi di lima negara ASEAN berkenaan.

Dengan lima pautan pembayaran QR dua hala kini beroperasi, Kemboja berada di kedudukan kedua selepas Thailand dari segi integrasi pembayaran rentas sempadan dalam ASEAN, sekali gus menandakan satu langkah penting ke arah pembentukan ekonomi digital yang lancar di Asia Tenggara.

-- BERNAMA-VNA

Must Watch Video

Advertisement