Kementerian Penerangan Arab Saudi melancarkan slogan "The World in the Heart of the Kingdom" (Dunia Di Hati Kerajaan) bersempena musim haji tahun ini.
Jurucakap dan Ketua Pengarah Pusat Komunikasi Kerajaan, Dr Abdullah Ahmed Al-Mughlout berkata pelancaran identiti dan slogan baharu itu adalah sebahagian daripada pelan strategik media secara menyeluruh kementerian berkenaan bagi menghadapi keadaan musim haji kali ini.
"Kementerian ini akan menonjolkan pencapaian tamadun di dua masjid suci serta penyediaan perkhidmatan Rahman secara menyeluruh dan tersendiri bagi memenuhi tanggungjawab besar yang dipikul terhadap umat Islam dari seluruh dunia," katanya dalam kenyataan melalui aplikasi WhatsApp di sini, hari ini.
Beliau berkata identiti baharu itu adalah antara inisiatif disediakan Kementerian Penerangan dalam kerangka pelan Haji, yang diilhamkan daripada kebesaran erti masa serta kesucian tempat berkenaan, yang terserlah daripada kunjungan ke Rumah Allah.
Dr Abdullah berkata reka bentuk logo itu dicipta sekumpulan anak muda Saudi yang kreatif bagi mencerminkan beberapa makna, sambil mempamerkan pelaksanaan amalan mulia yang dituntut, di samping mercu tanda dan matlamat suci ibadah haji.
Menurut beliau, matlamat kementerian itu adalah untuk menyokong peranan agensi kerajaan sebagai sebahagian daripada usaha kementerian itu bagi mencapai objektif Wawasan 2030 Kerajaan Arab Saudi, mewujudkan penyelarasan dan integrasi antara agensi kerajaan dan mengukuhkan mesej yang disebarkan media agar seiring dengan proses transformasi negara.
Identiti baharu haji itu akan digunakan melalui platform digital dan laman sesawang, akhbar dan media serta disebar melalui mesej media, video, penerbitan dan laman sesawang tertentu bagi memperkenalkan insiaitif berkenaan serta aktivitinya.
Reka bentuk ringkas logo berkenaan mengandungi lapan makna tersembunyi yang mencerminkan beberapa tatacara pelaksanaan ibadah haji.
Ia mengandungi imej Kaabah, garisan separa bulatan di keliling bentuk empat persegi struktur itu serta perkataan "Haji" yang terdapat pada garisan berkenaan.
Logo itu juga mengandungi arah qiblat, Jam Besar Makkah serta menunjukkan kedudukan Makkah di tengah-tengah dunia.
Bahagian atas logo berkenaan, yang kelihatan seperti isyarat penerimaan rangkaian komunikasi dan pokok palma, yang merupakan antara ikon negara ini serta mencerminkan perkhidmatan perubatan dan budaya negara Arab Saudi, dipamer pada garisan lengkung pada logo itu. -- Bernama
Bernama
Sat Jul 28 2018
Pelancaran identiti dan slogan baharu adalah sebahagian daripada pelan strategik media secara menyeluruh kementerian berkenaan bagi menghadapi keadaan musim haji kali ini. - REUTERS/Fail
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Kementerian Penerangan Saudi lancar slogan musim haji 2018
Kementerian Penerangan Arab Saudi melancarkan slogan "The World in the Heart of the Kingdom" (Dunia Di Hati Kerajaan) bersempena musim haji tahun ini.