awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemudahan nuklear stabil selepas gempa bumi Rusia - IAEA

Bernama
Bernama
31/07/2025
10:30 MYT
Kemudahan nuklear stabil selepas gempa bumi Rusia - IAEA
Loji Kuasa Nuklear Zaporizhzhia (ZNPP) kekal stabil selepas gempa bumi kuat melanda perairan timur Rusia. - Gambar fail/ Reuters
VIENNA: Badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu memaklumkan bahawa keadaan di kemudahan nuklear di sepanjang pantai Pasifik Jepun serta Loji Kuasa Nuklear Zaporizhzhia (ZNPP) kekal stabil selepas gempa bumi kuat melanda perairan timur Rusia, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • IAEA memaklumkan keadaan di loji nuklear Jepun dan Zaporizhzhia kekal stabil selepas gempa bumi kuat melanda perairan timur Rusia, tanpa kesan keselamatan dikesan setakat penilaian awal.
  • Agensi itu terus berhubung dengan pihak berkuasa Jepun dan mengesahkan tiada perubahan paras radiasi di tapak ZNPP, menurut Ketua Pengarah IAEA Rafael Grossi.
  • Pemantauan berterusan dilakukan bagi memastikan keselamatan kemudahan nuklear, termasuk dalam situasi bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam satu kenyataan di platform X memaklumkan bahawa pihaknya terus berhubung dengan pihak berkuasa di Jepun berhubung kejadian gempa bumi dan tsunami yang tercetus.
Menurut penilaian awal, tiada kesan keselamatan dikesan ke atas loji kuasa nuklear di sepanjang pantai Pasifik Jepun, menurut IAEA.
Bagi kemudahan di ZNPP, pasukan IAEA mengesahkan tiada perubahan dikesan membabitkan paras radiasi di tapak berkenaan, menurut Ketua Pengarah IAEA Rafael Grossi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi Rusia
#amaran tsunami
#Jepun
#kemudahan nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan