awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta api China-Laos bakal lancar perkhidmatan penumpang rentas sempadan

Bernama
Bernama
11/04/2023
01:30 MYT
Kereta api China-Laos bakal lancar perkhidmatan penumpang rentas sempadan
Kereta api berkenaan akan berhenti di lapan stesen di sepanjang laluan itu dan perjalanan akan mengambil masa kira-kira 10 jam termasuk masa yang diperlukan untuk pelepasan kastam. - Foto Twitter/China Xinhua News
BEIJING: Kereta api penumpang rentas sempadan China-Laos yang menghubungkan Kunming dan Vientiane akan dilancarkan pada 13 April, menurut China State Railway Group Co., Ltd. pada Isnin.
Bermula Khamis, perkhidmatan penumpang akan beroperasi setiap hari dari Kunming ke Vientiane dan dari Vientiane ke Kunming.
Kereta api berkenaan akan berhenti di lapan stesen di sepanjang laluan itu dan perjalanan akan mengambil masa kira-kira 10 jam termasuk masa yang diperlukan untuk pelepasan kastam, lapor Xinhua.
Kereta api China-Laos mula beroperasi pada Disember 2021. Perkhidmatan kereta api penumpang telah ditawarkan di kawasan sepanjang laluan antara Kunming dan Mohan serta kawasan yang menghubungkan Vientiane dan Boten.
Sehingga Ahad, keretapi China-Laos telah mengendalikan seramai 13.93 juta penumpang dan 18.38 juta tan kargo.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China State Railway Group
#kereta api
#rentas sempadan
#pelepasan kastam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan