Kereta kebal Israel lepaskan tembakan, cabuli pelan damai di Gaza

Rakaman menunjukkan penduduk yang berada berhampiran lokasi tembakan lari bertempiaran selepas insiden. - Gambar Reuters
KUALA LUMPUR: Israel terus bertindak biadab dan kejam apabila rejim itu mencabuli pelan damai di Gaza.
Ia selepas kereta kebal rejim itu dilihat melepaskan tembakan ke arah laluan pantai yang sesak berhampiran Deir al-Balah pada Khamis (9 Oktober).
Rakaman tindakan kejam itu menunjukkan letupan dan asap akibat tembakan peluru kereta kebal di kawasan berhampiran tempat ribuan rakyat Palestin sedang berjalan.
Rakaman oleh Al Jazeera di kawasan yang sama menunjukkan dua buah kereta kebal Israel, dikenali sebagai kereta kebal Merkava, masing-masing melepaskan satu peluru ke arah sebuah bangunan yang terletak hanya beberapa meter dari jalan raya.Penduduk Palestin yang berada berhampiran lokasi tembakan kemudiannya dilihat lari bertempiaran.
Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas berkuat kuasa di Semenanjung Gaza pada Khamis.
Ini selepas Hamas bersetuju dengan fasa pertama pelan gencatan senjata Gaza yang dicadangkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Fasa pertama pelan damai tersebut menandakan semua tahanan akan dibebaskan dan tentera Israel akan berundur ke sempadan yang dipersetujui.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami