DUNIA
Kes campak di AS catat paras tertinggi dalam lebih 30 tahun

Sebanyak 1,288 kes campak disahkan di seluruh negara setakat ini pada 2025, dengan 13 peratus daripada pesakit dimasukkan ke hospital, menjadikannya tahun terburuk sejak 1992, yang merekodkan 2,126 kes. - Gambar hiasan/ Reuters
LOS ANGELES: Jumlah kes campak di Amerika Syarikat mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh lebih 30 tahun, menurut data yang dikeluarkan pada Rabu oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.
Ringkasan AI
- Amerika Syarikat mencatatkan 1,288 kes campak setakat 2025, menjadikannya jumlah tertinggi sejak 1992, dengan 13 peratus pesakit dimasukkan ke hospital dan Texas merekodkan kes tertinggi.
- Sebanyak 92 peratus kes melibatkan individu yang tidak divaksin atau tidak diketahui status vaksinasinya, walaupun penularan tempatan campak telah disahkan berakhir di AS pada tahun 2000.
- Sebelum vaksin diperkenalkan, campak menyebabkan kira-kira 48,000 kemasukan ke hospital dan 400 hingga 500 kematian setiap tahun di AS.
CDC turut memaklumkan bahawa 92 peratus daripada kes melibatkan individu yang tidak menerima vaksin atau tidak diketahui status vaksinasinya.
Penularan tempatan campak disahkan berakhir di AS pada 2000, dengan tiada lagi penularan dalam negara dan kes-kes baharu hanya dikesan apabila seseorang dijangkiti di luar negara dan kembali ke AS, menurut CDC di laman sesawangnya.
Sebelum vaksin campak diperkenalkan, dianggarkan kira-kira 48,000 orang dimasukkan ke hospital, manakala 400 hingga 500 kematian dicatatkan setiap tahun akibat jangkitan itu di AS.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami