THE HAGUE: Hari ini, hakim di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan membuat keputusan sama ada akan mengarahkan Israel menangguhkan kempen ketenteraannya susulan kes yang dibawa oleh Afrika Selatan ke mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) oleh Afrika Selatan yang menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Antara langkah yang dituntut Afrika Selatan ialah menghentikan serta-merta operasi ketenteraan Israel, yang telah memusnahkan sebahagian besar wilayah terkepung itu dan membunuh lebih 25,000 orang.

Inilah perkara yang perlu anda ketahui sebelum keputusan hari ini:

• Mahkamah akan mengeluarkan keputusannya pada pukul 2 petang (9 malam Malaysia) dengan perbicaraan dijangka berlangsung sejam.

• Mahkamah tidak akan memutuskan sama ada Israel telah melakukan tindakan pembunuhan beramai-ramai - satu proses yang boleh mengambil masa tiga hingga empat tahun - tetapi sama ada akan mengeluarkan perintah yang memaksa Israel untuk menangguhkan operasinya, bersama-sama dengan "langkah kecemasan" lain.

• Afrika Selatan telah meminta beberapa langkah kecemasan termasuk untuk Israel menangguhkan operasi ketenteraan di Gaza, tidak meningkatkan lagi operasi ketenteraan dan membenarkan bantuan kemanusiaan yang mencukupi untuk memasuki wilayah Palestin.

• Sesetengah pemerhati antarabangsa optimis senario yang mungkin berlaku ialah mahkamah akan gagal untuk memerintahkan gencatan senjata penuh, tetapi sebaliknya boleh mengarahkan Israel untuk membenarkan bantuan kemanusiaan yang mencukupi untuk memasuki kawasan yang dikepung itu.

• Walaupun keputusan ICJ adalah muktamad dan tidak mempunyai proses rayuan, ia tidak mempunyai cara untuk menguatkuasakan keputusannya.

• Israel telah berhujah bahawa mahkamah global tidak mempunyai bidang kuasa ke atas kes itu dan ia sebelum ini telah menolak dakwaan pembunuhan beramai-ramai Afrika Selatan sebagai "terpesong" dan "tuduhan palsu."

• Hamas berkata ia akan mematuhi sebarang arahan gencatan senjata daripada ICJ jika Israel membalas.

• ICJ juga boleh memutuskan ia tidak mempunyai bidang kuasa ke atas kes itu dan memilih untuk tidak mengarahkan sebarang langkah sementara.

• Pihak yang terlibat masih boleh meneruskan kes keseluruhan untuk pembunuhan beramai-ramai melalui saluran lain seperti Majlis Keselamatan PBB.

** Sumber Al Jazeera