awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes kematian COVID-19 menurun 90 peratus sejak Feb - WHO

Bernama
Bernama
10/11/2022
08:34 MYT
Kes kematian COVID-19 menurun 90 peratus sejak Feb - WHO
Masyarakat antarabangsa telah mencapai beberapa kejayaan dalam memerangi pandemik COVID-19 tetapi masih terdapat ruang untuk penambahbaikan. - Foto REUTERS
MOSCOW: Kadar kematian akibat COVID-19 di peringkat global menurun hampir 90 peratus sejak Februari meskipun kadar ujian dan vaksinasi kekal rendah, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus.
"Hanya lebih 9,400 kematian COVID-19 dilaporkan kepada WHO minggu lalu.
"Angka itu 90 peratus kurang berbanding Februari tahun ini, dengan kadar kematian mingguan melebihi 75,000," kata Tedros pada taklimat media pada Rabu.
Beliau berkata bahawa masyarakat antarabangsa telah mencapai beberapa kejayaan dalam memerangi pandemik COVID-19 tetapi masih terdapat ruang untuk penambahbaikan, dan kerajaan serta rakyat harus terus berwaspada.
"Kadar ujian dan penjujukan kekal rendah di peringkat global, jurang vaksinasi kekal luas, dan kewujudan varian baharu secara berterusan kekal membimbangkan.
"WHO terus menggesa orang ramai untuk berhati-hati, dan meminta orang ramai melengkapkan suntikan vaksin mereka," kata ketua WHO itu.
Sehingga 9 November, sejumlah 630 juta kes COVID-19 direkodkan di seluruh dunia, termasuk 6.5 juta kematian, menurut WHO.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#WHO
#kes COVID menurun
#jumlah kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan