awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jaringan penalti Salah bantu Mesir tewaskan Afrika Selatan 1-0, walau beraksi dengan 10 pemain
Majlis Belia cadang gaji permulaan graduan ijazah RM3,500 dikaji kerajaan
Tengku Hazman tekad pulihkan reputasi TFC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes kemurungan dalam kalangan remaja perempuan meningkat

Faida Rahim
Faida Rahim
04/10/2022
23:00 MYT
Kes kemurungan dalam kalangan remaja perempuan meningkat
Data turut mendedahkan penggunaan telefon pintar dalam tempoh tertentu dalam kalangan remaja perempuan dan kemurungan mempengaruhi satu sama lain. - Gambar hiasan
SYDNEY: Hasil kaji selidik mendedahkan kadar kes kemurungan dalam kalangan remaja perempuan Australia di tahap membimbangkan selepas kes meningkat lebih dua kali ganda.
Memetik laporan 9News, hasil selidik dilakukan oleh Black Dog Institute melaporkan angka ini terus meningkat dalam tempoh 14 tahun dan kesihatan mental remaja lelaki di Australia turut menjadi kebimbangan utama ketika ini.
Selain melihat angka kes kemurungan, laporan itu turut menjalankan kajian terhadap kehidupan kanak-kanak, remaja dan orang dewasa yang melalui perubahan dalam dua dekad dipercayai menyumbang kepada risiko kemurungan.
Dalam pada itu, wakil dari Black Dog Institute, Aliza Werner-Seidler memaklumkan masalah melibatkan pekerjaan, kewangan, buli siber dan pengasingan sosial antara faktor menyumbang kepada peningkatan kes murung.
Untuk kanak-kanak, pengurangan aktiviti fizikal, kurang tidur dan tekanan persekitaran di rumah semasa tempoh pandemik juga menyumbang kepada peningkatan gejala kemurungan.
Sementara itu, kurang tidur, kesunyian dan kurang sokongan rangkaian sosial diketengahkan sebagai faktor penyumbang kes peningkatan kemurungan di kalangan remaja.
Data turut mendedahkan penggunaan telefon pintar dalam tempoh tertentu dalam kalangan remaja perempuan dan kemurungan mempengaruhi satu sama lain namun kaitannya masih sukar dijelaskan.
Dalam pada itu, remaja dengan simptom kemurungan ketara menunjukkan kesukaran dalam menjalani aktiviti harian serta tidak berminat mengambil bahagian dalam aktiviti sosial dan fizikal di sekolah.
Topic Berkaitan
#kesihatan mental
#Australia
#pandemik
#kes kemurungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan