PADA bila-bila masa dalam tempoh 24 jam akan datang, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia akan meningkat kepada 80 juta.

Kini, ia berada pada angka 79.7 juta kes berikutan ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan 18.7 juta kes.

Ini diikuti India dengan 10 juta kes dan Brazil dengan 7.4 juta kes.

Negara yang melepasi angka 2 juta kes ialah Rusia, Perancis, United Kingdom, Turki dan Itali.

Manakala Sepanyol, Jerman, Argentina, Colombia dan Mexico antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Afrika Selatan, Belanda, Indonesia, Czechia dan Belgium pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Sejumlah 29 negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 200,000 kes.

Malaysia berada di tangga ke-75 kes tertinggi dunia, lebih tinggi berbanding China, Singapura dan Korea Selatan.