awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketegangan Israel-Palestin: Naftali Bennet adakan perbincangan dengan Guterres

Bernama
Bernama
24/04/2022
03:45 MYT
Ketegangan Israel-Palestin: Naftali Bennet adakan perbincangan dengan Guterres
Bennett menyatakan kekecewaannya apabila tiada kecaman daripada PBB ekoran insiden bedilan roket ke Israel. - Gambar fail/AP
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel Naftali Bennett pada Sabtu mengadakan perbualan menerusi telefon dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengenai perkembangan terkini ketegangan Israel-Palestin, lapor Agensi Berita Xinhua memetik kenyataan pejabat perdana menteri.
Bennett menyatakan kekecewaannya "apabila tiada kecaman daripada PBB ekoran insiden bedilan roket ke Israel".
Beberapa roket didakwa dilepaskan ke Israel dari Gaza pada minggu lalu. Sebagai tindak balas, Israel mengumumkan penutupan sementara laluan pejalan kaki tunggal dari Gaza ke Israel, meskipun beribu-ribu penduduk Gaza menyeberang ke Israel setiap hari untuk mencari rezeki.
Selain itu, baru-baru ini berlaku pertempuran antara penduduk Palestin dan polis Israel di Masjid Al-Aqsa.
Tahun lepas, pertempuran di tapak suci itu mencetuskan perang 11 hari antara Israel dan Semenanjung Gaza yang dikuasai Hamas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Israel
#Palestin
#Naftali Bennett
#Gaza
#Hamas
#Masjid Al-Aqsa
#Antonio Guterres
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan