awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Rembo Melaka' mohon maaf, kes saman fitnah Mohd Na'im selesai
Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan–Cortina bermula dengan upacara pembukaan penuh warna
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketegangan memuncak: Putin kerah tentera Rusia ke timur Ukraine

Agensi
Agensi
22/02/2022
05:43 MYT
Ketegangan memuncak: Putin kerah tentera Rusia ke timur Ukraine
Pengumuman Putin sebelum ini mencetuskan bantahan antarabangsa. - Foto AP
MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin mengerahkan ketumbukan tentera negara itu ke dua kawasan puak pemisah di timur Ukraine selepas mengiktiraf wilayah terbabit sebagai entiti bebas dan merdeka pada Isnin.
Memetik Reuters, seorang saksi melihat beberapa kereta kebal dan jentera tentera lain bergerak melalui bandar Donetsk selepas Putin secara rasmi mengiktirafkan kawasan tersebut dan mengarahkan tentera bagi “mengekalkan keamanan”.
Sekurang-kurangnya lima kereta kebal dilihat berhampiran Donetsk dan dua lagi di bahagian lain bandar tersebut, menurut seorang wartawan Reuters.
Bagaimanapun, tiada sebarang lambang ketenteraan dilihat pada kenderaan berkenaan.
Pengumuman Putin sebelum ini mencetuskan bantahan antarabangsa serta diikuti oleh sekatan Amerika Syarikat terhadap aktiviti perniagaan di kawasan-kawasan puak pemisah serta import barangan dari kawasan itu.
Provokasi Rusia | Putin iktiraf dua wilayah puak pemisah di Ukraine
Britain, Perancis dan Jerman turut bersetuju untuk bertindak balas kepada langkah pengiktirafan oleh Rusia dengan sekatan, manakala White House berkata, ia akan mengumumkan respons lanjut pada Selasa.
“Esok, Amerika Syarikat akan mengenakan sekatan ke atas Rusia atas pelanggaran undang-undang antarabangsa, kedaulatan Ukraine dan integriti pemilikan wilayah,” kata Duta Besar AS kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Linda Thomas-Greenfield.
“Kami boleh, akan, dan perlu bersatu dalam gesaan kami kepada Rusia agar mengundurkan tentera, kembali kepada meja perbincangan dan berusaha ke arah keamanan.”
Topic Berkaitan
#Ukraine
#Rusia
#putin
#tentera
#Donetsk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan