awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komen 'arrogant prick' Jacinda Ardern kumpul lebih AS$63,950 untuk tujuan amal

Bernama
Bernama
22/12/2022
07:42 MYT
Komen 'arrogant prick' Jacinda Ardern kumpul lebih AS$63,950 untuk tujuan amal
Ardern dirakam mengeluarkan istilah menghina pemimpin Parti ACT, David Seymour semasa perbahasan di parlimen pada 13 Disember. - AP Newsroom
WELLINGTON: Transkrip yang ditandatangani Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern yang menggelar Ahli Parlimen pembangkang sebagai 'arrogant prick' mengumpul 100,100 dolar New Zealand (AS$62,950) untuk tujuan amal, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ardern dirakam mengeluarkan istilah menghina pemimpin Parti ACT, David Seymour semasa perbahasan di Parlimen pada 13 Disember.
Kata-kata itu sempat terakam ke dalam sistem sewaktu beliau berundur ke tempat duduknya, seterusnya dicatatkan ke dalam Hansard, rekod rasmi Parlimen. Beliau kemudiannya memohon maaf atas perkara itu.
Tidak mahu memanjangkan isu tersebut, Seymour dan Ardern kemudiannya sepakat memutuskan untuk mencetak Hansard itu, menandatanganinya dan menawarkannya untuk lelongan bagi mengumpul dana untuk Yayasan Kanser Prostat.
Lelongan itu menarik 282 bidaan dan merupakan lelongan paling popular di laman sesawang Trade Me pada tahun ini dengan lebih 435,000 tontonan.
Presiden badan amal Danny Bedingfield berkata 'lelongan hebat' itu akan membawa 'perbezaan besar' kepada lelaki dan keluarga mereka yang menghidap kanser.
"Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang menderma kepada yayasan ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#New Zealand
#pembangkang
#kebajikan
#Jacinda Ardern
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan