awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Afghanistan: Britain jadi tuan rumah persidangan raih dana bantuan

Astro Awani
Astro Awani
16/02/2022
03:47 MYT
Konflik Afghanistan: Britain jadi tuan rumah persidangan raih dana bantuan
Afghanistan mengalami peningkatan dalam kemiskinan dan kebuluran sejak Taliban mengambil alih kuasa tahun lalu. - Foto fail/REUTERS
LONDON: Britain akan menjadi tuan rumah bersama Persidangan Bantuan Antarabangsa dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bulan depan untuk membantu mengurangkan krisis kemanusiaan di Afghanistan.
Afghanistan mengalami peningkatan dalam kemiskinan dan kebuluran sejak Taliban mengambil alih kuasa tahun lalu.
Persidangan itu bertujuan untuk membantu PBB mengumpul AS$4.4 bilion untuk Afghanistan.
Kebanyakan bantuan asing terputus selepas Taliban menggulingkan kerajaan yang disokong barat pada musim panas.
PBB menganggarkan 98 peratus rakyat Afghanistan tidak cukup makan dan hospital serta sekolah tidak mampu membayar kakitangan.
Setiausaha Luar Britain, Liz Truss berkata, United Kingdom berazam untuk mengetuai usaha global.
UK akan membawa sekutu antarabangsa bersama-sama bagi mengumpul bantuan penting untuk menyampaikan perkhidmatan makanan, tempat tinggal dan kesihatan, melindungi wanita dan gadis serta menyokong kestabilan di rantau itu.
Kehilangan bantuan asing, kemarau teruk dan krisis mata wang telah menyebabkan ekonomi Afghanistan berada di ambang kejatuhan dengan harga makanan meningkat dengan pantas menyebabkan ramai rakyatnya kelaparan.
Persidangan penderma itu diadakan ketika masyarakat antarabangsa terus bergelut dengan cara membantu Afghanistan tanpa memberi manfaat kepada pemerintah Taliban di negara itu.
Taliban pada mulanya berjanji untuk membentuk kerajaan yang lebih inklusif, tetapi tuntutan hukuman mati dan hak wanita yang disekat mengecewakan kerajaan negara barat.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#bantuan
#persidangan
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan