Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Ayatollah Ali Khamenei disemadikan 9 Julai di Mashhad

Ayatollah Ali Khamenei akan disemadikan di Maqam Imam Reza di Mashhad pada 9 Julai depan selepas siri upacara penghormatan terakhir dan perarakan jenazah yang berlangsung di Tehran serta Qom. - Foto Reuters
Ayatollah Ali Khamenei akan disemadikan di Maqam Imam Reza di Mashhad pada 9 Julai depan selepas siri upacara penghormatan terakhir dan perarakan jenazah yang berlangsung di Tehran serta Qom. - Foto Reuters
Advertisement

Bekas Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei akan disemadikan di Maqam Imam Reza di Mashhad pada 9 Julai depan selepas siri upacara penghormatan terakhir dan perarakan jenazah yang berlangsung di Tehran serta Qom.

Pengumuman itu dibuat oleh pejabat yang menguruskan karya dan legasi beliau, dengan majlis penghormatan terakhir dijadual berlangsung selama enam hari bermula 4 Julai.

Press TV melaporkan, majlis penghormatan terakhir akan diadakan di Musalla Imam Khomeini, Tehran pada 4 dan 5 Julai bersamaan 19 dan 20 Muharam.

Advertisement

Perarakan jenazah di ibu negara Iran dijadual berlangsung pada 6 Julai sebelum diteruskan di bandar Qom sehari kemudian.

Upacara pengebumian terakhir pula akan berlangsung di Mashhad pada 9 Julai.

Advertisement

Penganjur turut mengundang rakyat Iran, umat Islam serta masyarakat antarabangsa untuk hadir memberikan penghormatan terakhir, dengan penyertaan besar-besaran dijangka mewarnai siri upacara berkenaan.

Untuk rekod, Allahyarham terkorban semasa serangan bersama Amerika Syarikat dan Israel pada 28 Februari lalu ketika hari pertama konflik tercetus.

Must Watch Video

Advertisement