Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Helikopter serangan Apache AS digunakan dalam operasi terhadap bot Iran - CENTCOM

X @CENTCOM
Helikopter digunakan untuk menumpaskan bot kecil Iran yang mengancam pelayaran komersial. - Foto X/@CENTCOM

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat mengerahkan helikopter serangan Apache dalam operasi ketenteraan terhadap bot laju Iran, menurut Pemerintah Pusat AS (CENTCOM), yang mengetuai operasi ketenteraan Washington terhadap Tehran.

CENTCOM berkata helikopter Sea Hawk dan Apache digunakan pada Isnin untuk menyasarkan enam bot laju Iran yang didakwa cuba mengganggu pelayaran komersial ketika operasi AS bagi membuka semula Selat Hormuz. 

Washington menyatakan bot-bot tersebut telah dimusnahkan.

“Helikopter digunakan untuk menumpaskan bot kecil Iran yang mengancam pelayaran komersial,” kata CENTCOM dalam satu kenyataan di platform X.

CENTCOM turut memaklumkan lebih 100 pesawat, termasuk yang berpangkalan di darat dan di atas dua kapal pengangkut pesawat AS di rantau Teluk, kini terlibat dalam 'Operation Freedom' untuk mengiringi kapal dan memastikan laluan perkapalan di Selat Hormuz kembali dibuka.

Selat Hormuz merupakan laluan strategik utama bagi perdagangan global, khususnya penghantaran minyak dan gas.

 

Must Watch Video