Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Kapal terbakar diserang 'projektil tidak dikenal pasti' di Laut Merah

[TB]_UKMTO WARNING_X @UK_MTO
UKMTO turut menggesa kapal-kapal yang berlayar di kawasan berhampiran agar mengambil langkah berhati-hati dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan. -Foto X
Advertisement

ISTANBUL: Sebuah kapal dihentam "projektil tidak dikenal pasti" di kedudukan 63 batu nautika di barat bandar pelabuhan Yanbu, Arab Saudi di Laut Merah pada Isnin, menurut laporan Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO), lapor Anadolu Ajansi (AA).

Insiden berkenaan dilaporkan telah menyebabkan kebakaran pada kapal itu.

"Pegawai Keselamatan Syarikat melaporkan bahawa sebuah kapal tangki telah dihentam oleh projektil tidak dikenal pasti, yang menyebabkan kebakaran di geladak utama kapal.

"Semua anak kapal dilaporkan selamat serta dapat dikesan, dan tiada kesan terhadap alam sekitar dilaporkan," menurut UKMTO menerusi platform media sosial X.

 

 

UKMTO turut menggesa kapal-kapal yang berlayar di kawasan berhampiran agar mengambil langkah berhati-hati dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan.

-- BERNAMA-ANADOLU 

 

Must Watch Video

Advertisement