awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
Perkembangan pengoperasian LRT3 dimaklumkan sekitar Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik di Myanmar: Dialog antara pihak berkaitan akan mengambil masa yang lama

Astro Awani
Astro Awani
25/04/2021
07:37 MYT
Konflik di Myanmar: Dialog antara pihak berkaitan akan mengambil masa yang lama
Dialog antara pihak berkaitan berhubung isu keganasan di Myanmar dijangka mengambil masa yang lama. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR : Dialog antara pihak berkaitan berhubung isu keganasan di Myanmar dijangka mengambil masa yang lama.
Felo Utama Institut Pengajian Malaysia dan Antarabangsa UKM,Prof Sufian Jusoh berkata, ia berikutan konsensus kedua pemimpin ASEAN itu memerlukan perbincangan antara tentera Myanmar dan parti politik berkaitan.
"Saya jangkakan ini akan mengambil masa. Pertama, pengurangan atau pemberhentian sebarang tindakan keganasan ke atas masyarakat umum di Myanmar. Kedua, dialog antara pihak terbabit akan mengambil masa kerana ia memerlukan perbincangan di antara pihak tentera dengan parti politik berkaitan.
"Perlu dilantik orang tengah untuk mengadakan dialog ini. Orang tengah ini kemungkinan dalam resolusi ketiga, iaitu pelantikan duta khas ASEAN bagi menjalankan dialog dengan bantuan Setiausaha ASEAN. Ini akan ambil masa beberapa bulan dan akhirnya dapat capai kata sepakat," katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.
Ujarnya, resolusi ASEAN mengenai bantuan ke Myanmar boleh dilakukan serta-merta memandangkan keadaan di negara itu ketika ini yang sangat meruncing.
Pada masa sama, pelantikan utusan khas bagi melaksanakan pertemuan dengan semua pihak berkepentingan di Myanmar perlu dilaksanakan dengan kadar segera.
Dalam pada itu, beliau berpendapat ASEAN tidak akan mengenakan sekatan terhadap Myanmar susulan keganasan yang dilakukan tentera junta.
Jelasnya, sebarang sekatan hanya menambahkan lagi masalah kepada masyarakat umum.
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Awani
#ASEAN
#Myanmar
#politik
#keganasan
#tentera
#Sufian Jusoh
#junta Myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan