awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pilih jalan darat kerana lebih selamat, biarpun jarak lebih 1,000km - Duta Besar Malaysia ke Iran
MALAYSIA
Jadikan kepelbagaian kaum sebagai kekuatan negara - PM Anwar
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Konflik Israel-Iran: Parlimen Iran lulus langkah tutup Selat Hormuz susulan serangan AS

Bernama
Bernama
22/06/2025
15:50 MYT
Konflik Israel-Iran: Parlimen Iran lulus langkah tutup Selat Hormuz susulan serangan AS
Parlimen Iran telah meluluskan langkah untuk menutup Selat Hormuz kepada laluan trafik tentera laut susulan serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas tiga kemudahan nuklear. - Gambar fail/REUTERS
ISTANBUL: Parlimen Iran telah meluluskan langkah untuk menutup Selat Hormuz kepada laluan trafik tentera laut susulan serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas tiga kemudahan nuklear, kata seorang penggubal undang-undang kanan pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan.
"Parlimen telah mencapai kesimpulan bahawa Selat Hormuz perlu ditutup," kata Mejar Jeneral Esmaeil Kowsari, anggota Suruhanjaya Keselamatan Negara Parlimen, dalam kenyataan yang disiarkan oleh Press TV milik kerajaan.
Selat Hormuz dianggap pintu masuk terpenting dunia untuk pengangkutan minyak.
"Keputusan muktamad mengenai perkara ini terletak pada Majlis Keselamatan Tertinggi Negara," kata Kowsari.
Majlis Keselamatan Tertinggi Negara merupakan pihak berkuasa keselamatan tertinggi di Iran.
Presiden AS Donald Trump pada awal Ahad berkata tenteranya telah mengebom tiga tapak nuklear Iran di Fordow, Natanz dan Isfahan.
Serangan itu merupakan peningkatan terkini dalam serangan tentera Israel yang disokong AS ke atas Iran sejak 13 Jun, yang mendorong Tehran melancarkan serangan balas ke atas Israel.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parlimen Iran
#serangan AS
#tapak nuklear
#Selat Hormuz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami