KHARKIV: Tentera Ukraine melancarkan serangan balas terhadap tentera Rusia dan menawan semula lebih banyak penempatan di wilayah Kharkiv, lapor Agensi Anadolu.
Tentera Rusia mara berhampiran ibu negara Ukraine, Kyiv pada 1 Mac, menawan bandar Kherson, serta bandar-bandar lain termasuk Irpin dan Bucha.
Askar Rusia turut menguasai Chernobyl serta menyerang Chernihiv dan mengepung bandar Kharkiv, Sumy dan Mariupol.
Menjelang 15 Jun, tentera Ukraine menawan semula kawasan sekitar Kyiv dan Sumy serta kawasan berhampiran.
Rusia menempatkan kebanyakan tenteranya di wilayah Kharkiv dan Kherson.
Mariupol, di bahagian Laut Azov Ukraine, turut berada di bawah kawalan Rusia.
Pada 29 Ogos, Ukraine melancarkan serangan balas untuk membebaskan Kherson dan menguasai semula perkampungan di rantau itu.
Menjelang September, tentera Ukraine melancarkan serangan balas untuk menawan semula Kharkiv, bandar kedua terbesar di negara itu.
Selain bandar-bandar utama seperti Izium, Balakliya dan Kupyansk, pentadbiran Kyiv berjaya menawan semula lebih 300 penempatan.
Presiden Volodymyr Zelenskyy berkata tenteranya menawan semula 6,000 kilometer persegi wilayahnya bulan ini dan menggesa Barat mengenakan lebih banyak sekatan ke atas Moscow serta mempercepat penghantaran sistem senjata.
Sementara itu, Rusia kini mengawal wilayah Donbas, pantai Laut Azov dan Kherson.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 17 2022
Kediaman penduduk yang musnah akibat serangan tentera Rusia di Chaplyne, di wilayah Dnipropetrovsk, Ukraine, 24 Ogos 2022. -Gambar fail/REUTERS
Sarawak mahu perluas pemetaan geo
Sarawak mahu meluaskan lagi pemetaan geo sekurang-kurangnya tambahan 30 peratus daripada keseluruhan 12.4 juta hektar daratan Sarawak bagi industri perlombongan negeri itu.
Pesara tentera antara penerima daging korban
18 ekor lembu yang dikorban dan diagihkan di Apas, Tawau nyata serba sedikit membantu penduduk dalam menempuh kesempitan hidup ekoran peningkatan harga barangan.
Sarawak akan umum kaedah kawal harga haiwan ternakan
Kerajaan Sarawak sudah mengenal pasti kaedah bagi mengawal harga haiwan ternakan termasuk lembu.
14 ekor lembu dikorban dan diagihkan kepada golangan asnaf
Majlis ibadah korban Parlimen Santubong di Surau Saidina Umar, Bandar Baru Samariang, Kuching Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri telah menyampaikan agihan daging korban kepada penerima asnaf kawasan Bandar Baru Samariang.
The Hardest Singing Show: 'Mereka takkan perform tanpa...' - Ini punca sebenar DeFam tarik diri
Jelas Firdaus, pihak DeFam memilih untuk menarik diri apabila Azira Syafinaz dikhabarkan sedang berdepan dengan masalah kesihatan.
Chrome di Android kini tampil ciri baca laman web
Ciri yang diberi nama 'Listen to this page' ini mula diberikan secara berperingkat sejak semalam dengan akses menerusi menu dalam aplikasi.
Perbicaraan wartawan WSJ ditahan di Rusia atas tuduhan mengintip bermula 26 Jun
Pendengaran kes jenayah terhadap rakyat Amerika Syarikat (AS) Evan Gershkovich akan diadakan secara tertutup.
Terbuka Australia 2024: Hannah ucap tahniah kepada Zii Jia
Bekas juara All England itu menewaskan pemain Jepun Kodai Naraoka menerusi aksi tiga set 21-19,11-21 dan 21-18.
Pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 akan dibentang tahun ini - Nancy
Selain menambah baik akta, pindaan itu selaras dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak yang dikuat kuasa sejak 1 Sept tahun lepas.
Sekurang-kurangnya 13 maut, kereta api bertembung di India
Pelanggaran itu dipercayai berlaku apabila kereta api barangan merempuh bahagian belakang kereta api penumpang.
Brazil kekal berkecuali dalam perang Rusia-Ukraine - Lula
Katanya, Brazil antara kumpulan negara yang mahu kekal berkecuali dalam usaha menyumbang kepada kemungkinan menamatkan perang.
Sempena setahun konflik Rusia-Ukraine, PBB akan mengundi resolusi mengenai Ukraine
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengundi resolusi mengenai Ukraine yang dikemukakan oleh Kiev dan wakil Kesatuan Eropah sempena setahun pencerobohan Rusia.
Ukraine "tinggalkan" proses rundingan tamatkan konflik - Putin
Presiden Rusia Vladimir Putin memberitahu Perdana Menteri India, Narendra Modi bahawa Ukraine "meninggalkan" proses rundingan bagi menamatkan konflik Rusia-Ukraine.
Harga makanan melambung, terpaksa catu hidangan utama - Pelajar Malaysia di Rusia
Kesan sekatan ekonomi akibat konflik Rusia-Ukraine menjejaskan aliran kewangan dan cara perbelanjaan sebilangan besar pelajar Malaysia di Rusia.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Belum dilihat bagaimana konflik Rusia-Ukraine dapat diselesaikan, tetapi yang mendapat manfaat yang jelas adalah harga komoditi.
Nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS hari ketiga berturut-turut
Pada jam 9 pagi, nilai mata wang tempatan bertambah kepada 4.1825/1850 berbanding dolar AS.