awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korban puting beliung AS bertambah: Runtuhan gudang Amazon di Illinois, ragut 6 nyawa

Bernama
Bernama
12/12/2021
13:52 MYT
Korban puting beliung AS bertambah: Runtuhan gudang Amazon di Illinois, ragut 6 nyawa
Sebahagian gudang Amazon di Edwardsville runtuh pada Jumaat dan berpuluh-puluh orang terperangkap. - Gambar/ AP
WASHINGTON: Jumlah kematian dalam kejadian gudang milik Amazon di bandar Edwardsville, Illinois, Amerika Syarikat yang runtuh akibat puting beliung, meningkat kepada enam orang, kata Gabenor Illinois Jay Robert Pritzker.
"Dengan penuh dukacita saya mengesahkan bahawa setakat ini enam orang telah terkorban dalam kejadian itu dengan seorang lagi mangsa sedang dirawat. Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan," kata Pritzker kepada wartawan.
Sebahagian gudang Amazon di Edwardsville runtuh pada Jumaat dan berpuluh-puluh orang terperangkap. Sekurang-kurangnya 45 orang diselamatkan, lapor Sputnik memetik media tempatan.
BACA: 50 dikhuatiri maut, puting beliung landa 5 negeri di AS
Pada Sabtu, Presiden Joe Biden berkata puting beliung itu "kemungkinan satu daripada bencana terbesar dalam sejarah negara kita."
Biden berkata beliau telah berbincang dengan gabenor Arkansas, Illinois, Kentucky, Missouri dan Tennessee, berhubung kejadian itu.
Menurut Gabenor Kentucky, Andy Beshear bencana alam tersebut sudah meragut kira-kira 70 nyawa di Kentucky dan berikutan itu Presiden telah mengisytiharkan darurat di negeri ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#puting beliung
#Amerika Syarikat
#gudang amazon
#korban meningkat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan