awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan bakal tugaskan kelasi wanita di kapal selam

Bernama
Bernama
29/07/2022
03:58 MYT
Korea Selatan bakal tugaskan kelasi wanita di kapal selam
Kini ada 13 negara, termasuk Amerika Syarikat, Australia, Kanada dan Jepun turut mengambil langkah yang sama.- Gambar hiasan/REUTERS
SEOUL: Bermula tahun 2024, buat julung kalinya Tentera Laut Korea Selatan bakal membenarkan kelasi wanita berkhidmat di kapal selam, satu langkah untuk memperkasa peranan tentera di tengah-tengah isu kekurangan anggota akibat kadar kelahiran negara yang rendah.
Keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat pada Khamis sekali gus menjadikan Korea Selatan negara ke-14 di dunia memperkenalkan dasar yang membenarkan anggota wanita menyertai kru kapal selam.
Agensi Berita Yonhap melaporkan pihak tentera laut merancang untuk memilih kelasi wanita bermula tahun depan dan mula menghantar mereka untuk berkhidmat pada 2024.
Anggota wanita tidak dibenarkan berkhidmat di kapal selam disebabkan keluasan kapal yang agak terhad dan tidak dilengkapi dengan kemudahan asas untuk mereka.
Namun, dengan adanya kapal selam kelas pertengahan seberat 3,000 tan telah membuka jalan untuk memberikan tentera wanita peluang berkhidmat di kapal selam.
Pada 2014, buat pertama kali tentera laut mempertimbangkan kemungkinan untuk menempatkan anggota wanita bertugas di kapal selam. Pada Mei tahun ini, kira-kira 50 wanita diberi peluang melawat kapal selam kelas pertengahan.
"Dari perspektif seorang anggota wanita, saya merasakan keadaan kerja di sana selesa," kata seorang daripada mereka.
Beliau berkata jika terpilih ia satu pencapaian yang amat membanggakan.
Namun, katanya mungkin terdapat kesukaran untuk tinggal di kapal selam berbanding kehidupan di atas kapal.
Norway menjadi negara pertama yang mula menempatkan tentera wanita bertugas di kapal selam pada 1985.
Kini ada 13 negara, termasuk Amerika Syarikat, Australia, Kanada dan Jepun turut mengambil langkah yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#kapal selam
#tentera wanita
#Tentera Laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan