awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan lapor lebih banyak kes FMD, jumlah meningkat kepada 10

Bernama
Bernama
18/03/2025
21:00 MYT
Korea Selatan lapor lebih banyak kes FMD, jumlah meningkat kepada 10
Kes terbaharu dikesan di ladang ternakan di daerah Yeongam, kira-kira 300 kilometer ke selatan Seoul. - Gambar hiasan
SEOUL: Korea Selatan pada Selasa melaporkan lebih banyak kes penyakit kaki dan mulut (FMD) di ladang ternakan tempatan, menjadikan jumlah kes tahun ini meningkat kepada 10, menurut pegawai.
Menurut Agensi Berita Yonhap, kes terbaharu dikesan di ladang ternakan di daerah Yeongam, kira-kira 300 kilometer ke selatan Seoul.
Ladang-ladang itu terletak berhampiran ladang ternakan yang mencatatkan kes FMD pertama tahun ini minggu lalu, yang merupakan kejadian pertama dalam tempoh hampir dua tahun.
Berikutan wabak pertama itu, kerajaan telah menaikkan tahap krisis bagi Yeongam dan beberapa kawasan bersebelahan kepada "serius," iaitu tahap tertinggi dalam sistem empat peringkat, serta memulakan program vaksinasi FMD di seluruh negara, yang pada asalnya dijadualkan bulan depan.
FMD adalah penyakit virus berjangkit akut yang menjejaskan lembu, babi, kambing dan haiwan berkuku belah yang lain. Ia tidak menjejaskan manusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#penyakit kaki dan mulut
#ladang ternakan
#jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan